Tuesday, March 10, 2015

Bersalin secara pembedahan

:.Throwback.:

14-11-2014 (11.30pm)

Tarikh yang tidak akan dilupakan. Sudah tiba masa kelahiran puteri sulongku. Telah mula dirasakan sakit yang makin sakit. Walau tanda tidak terlalu jelas, sakit makin kerap. Akhirnya kuputuskan untuk ke hospital.

Di hospital, rutin dilakukan. CTG and bukaan rahim oleh jururawat. Masih diawal progress. Belum 2 cm. Akhirnya, doktor tiba.

Detik ini lah, resah gelisah makin bertambah. "Bacaan CTG so tricky!"

Allah...

Heart beat baby cecah 180. "Baby distress" "Kena operate ni!"

Aku dan suami terkesima. Kami buntu. Aku taknak. Tak rela.

Doktor masih menegaskan perlu dibedah segera. Suami berbincang dengan doktor.

Naluri ibu..."Demi anakku, apapun perlu ditempuhi. Yang penting anak ini selamat."

Suamiku masuk. Bertanya keputusanku.

Hanya mengangguk sanggup. Demi anak ini....

15-11-2014 (4.30am)

Alhamdulillah....tak lama.semuanya dimudahkan. Lahirlah puteri syurga yang sihat sempurna, Ya, terlalu sempurna dalam jagaanNya. Subhanaalah...Kulitnya putih bersih, tersenyum dalam lena. Allah, besar sungguh nikmatmu.

Hanya mampu mendakap selepas lebih 6 jam melahirkan. Akibat kesan bius, 6 jam diri ini tidak boleh bergerak. Hanya terbaring.

Selepas 6 jam, kesan ubat bius makin hilang. Bermulalah dugaan kesakitan. Ya, Terlalu sakit. Tapi digagahi juga. Bayi yang baru dilahirkan perlu disusui. Sungguh, naluri ibu melebihi rasa sakit. Menatap wajahnya, menyusuinya....cukup menghilangkan rasa sakit sementara.

Indah nikmat menjadi ummi...

Jujur ku ceritakan, pembedahan itu menyakitkan. Melangkah ke tandas yang beberapa langkah sahaja sudah cukup memeritkan. Ketawa, batuk juga menyerikan. Namun usah khuatir. Allah itu Maha Penyayang, Maha Penyembuh. Melihat wajah anak sahaja sudah cukup melupakan kita pada rasa sakit itu. Walau sementara, namun itulah yang menguatkan semangat.

......

Alhamdulillah...segalanya dimudahkan. Berpantang seadanya. Alhamdulillah masih diberi kesihatan olehNya. Walau banyak yang baru perlu dipelajari, akan diusahakan berdikit-dikit.



(Sekadar catatan ringkas seadanya mengenai cara kelahiran anak sulungku)