Saat-saat debaran didalam dewan tak cat (Dewan Tunku Canselor) saya bertambah terkejut apabila kawan-kawan memberitahu saya tersenarai sebagai penerima anugerah pingat emas Tun Fatimah. Ya Allah..Tuhan saja yang tahu betapa syukurnya dan gembiranya saya. Memang sesuatu yang tak disangka. Jadi, lepas je istiadat konvokesyen, saya dipanggil untuk ditemuduga oleh wartawan utusan.hehehe..satu pengalaman yang menggembirakan. Rasa amat gembira dan tentunya insan yang paling banyak berjasa ialah arwah ayah dan mak yang tak putus-putus mendoakan saya. Jauh di sudut hati...rasa terkilan sebab arwah ayah tak sempat nak tengok kejayaan saya. Kalau dulu arwah ayah selalu tanya bila nak habis belajar, seolah-olah dia tak sabar nak tengok anaknya berjaya. Tak sempat dia melihat saya tamat belajar. Tuhan je yang tahu hati ini. Tapi saya harap dia disana sentiasa bahagia dan saya takkan lupakan jasa mak dan arwah ayah yang banyak berkorban untuk membesarkan kami 12 beradik. mak dan arwah ayah juga sumber inspirasi dan kekuatan saya untuk sentiasa buat yang terbaik. Saya nak mereka sentiasa gembira. Bagi saya, jika hari ini saya berjaya, ibubapa saya adalah yang lebih berjaya. mereka berjaya mendidik saya sebaiknya dan saya harap semua nasihat dan contoh baik yang ditunjukkan pada saya akan saya praktikkan untuk lebik berjaya di masa hadapan. Insya Allah...
Terima kasih yang tak terhingga juga buta kawan-kawan yang banyak membantu terutama mags7 dan semua warga B.Ed TESL Cohort3 IPIK-UM. tak dilupakan kepada pensyarah-pensyarah IPIK dan UM. terima kasih buat semua.....
No comments:
Post a Comment