Di sebalik perasaan yang bercampur baur tu, hati ini tetap ingin selalu sujud bersyukur kepadaNya diatas nikmat ini. Inilah sumber rezeki saya selepas ini dan tempat saya membina taman-taman ilmu untuk dikongsi bersama anak-anak kecil di sini. Sesungguhnya saya memang bersyukur amat sangat menjadi salah seorang warga SK (LKTP) Keratong6 memandangkan kedudukan sekolah yang tidak terlalu pedalaman tetapi berstatus luar Bandar. Walaupun sepanjang perjalanan kiri dan kanan saya diapit ladang kelapa sawit dan pemandangan yang nun menghijau, ianya tidak terlalu jauh dan saya masih boleh memandu kereta untuk ke sana. Memang syukur sangat-sangat. Bersyukur juga untuk family cohort3 yang setakat ini apa yang saya tahu tiada antara kami yang dapat sekolah yang terlalu pedalaman. Diharapkan semuanya dipermudahkan untuk kami semua. Saya juga bersyukur kerana suasana sekolah yang ceria dan layanan baik dari teman-teman seperjuangan. Hari pertama saya menjejakkan kaki di Felda Keratong 6 saya dibantu K.Is, K.Yus dan K.Mas yang sudi menumpangkan saya di rumah mereka. Guru-Guru lain di sekolah juga banyak membantu memandangkan ini adalah posting saya yang pertama. Banyak perkara yang baru buat saya dan Alhamdulillah semuanya tidak lokek membantu dan berkongsi dengan saya. Terima kasih buat warga SK Keratong 6:).
Serba sedikit tentang sekolah ini, ia merupakan sebuak sekolah di Felda Keratong 6, Rompin, Pahang lebih kurang 2 jam dari Kuantan, 30 minit dari Muadzam Shah dan 45 minit dari Segamat. Murid-muridnya hanya lebih kurang 100+ orang dan setiap darjah mempunyai 1 kelas sahaja iaiti Al-Farabi. Guru-gurunya juga lebih kurang 20 orang. Selain kelas harian biasa, sekolah ini juga mempunyai prasekolah dan kelas pendidikan khas.
No comments:
Post a Comment