Saturday, November 13, 2010

Aku tanpa cintaMu bagai layang-layang terputus tali


sendiri aku di tanah ini

langkah longlai

mencari Cinta abadi

bilakah kan kutemui

menapak mencuba

tak henti mendamba

secebis kasihNya

menemani jiwa

tak perlu diragu

kasihNya selalu bertamu

tapi diri sering menipu

rasa kasih tak pernah lalu

lemahnya aku hanya insan

payah ucapkan

secebis syukur luahan penghargaan

biar nikmat seluas lautan

Oh Tuhan ku

berdosanya aku

melupakan cintaMu

tak sedar nikmatMu

alpa dengan pinjamanMu

sedang yang kekal tetap cinta Mu

Oh Tuhanku

Oh Tuhanku

ratapanku mendamba kembali

kasih yang pernah ku ketepi

tak sanggup lagi menjauhi

aku tanpa cintaMu bagai layang-layang terputus tali...






Friday, November 12, 2010

surat cinta rm300

Hari ini seperti biasa, seperti minggu-minggu lepas, tamat je waktu persekolahan saya terus balik ke kuantan. Tiba je di rumah, de 2 surat menanti. 1 ialah kad jemputan perkahwinan kawan saya, Nona. Tapi yang 1 lagi agak pelik.erm...entah surat cinta dari siapa pulak. Agak formal. Macam penting. Siapa yang bagi ye?

Curious jugak. Tiba-tiba dapat surat cinta....

Tak terlintas di fikiran...

Bila bukak surat tu tak rasa apa-apa...tak berdebar pun..

Tapi tetap curious...dari siapa?

Bila dah buka...dan dah baca...tak sangka...

Saya dapat surat cinta saman had laju RM300.00!!

Frust gak...sebab fenin jugak memikir nak korek mana duit 300 tu.banyak tu!!! Gaji tak dapat gi.mana nak cari duit ni???

Tapi nak wat camna. Salah diri sendiri. Langgar peraturan. Serves me right.huhuhu...memang tak sangka. Petang 25 Oktober ri tu, time on the way balik keratong saya tak sedar drive lebih had laju. Ye la.time tu rush nak kejar tengok citer Chinta la kononnyer. Tak pasal melayang rm300.00.

Apapun, sekurang-kurangnya, ‘surat cinta’ saya dapat hari ni mengingatkan saya next time jangan drive laju-laju. Huhuhu...sedihnya...

Wednesday, November 10, 2010

kssr dunia seni visual tahun1 2011

9 dan 10 November lalu, saya menghadiri kursus kssr dunia seni visual. Kalu sebelum ini, kita didedahkan dengan subjek pendidikan seni visual, bermula tahun depan, 2011, murid-murid tahun 1 akan diperkenalkan dengan subjek dunia seni visual, bukan lagi pendidikan seni visual. Walaupun saya bukan major atau minor seni, peluang menghadiri kursus sebegini memberi saya kesempatan mencapahkan kemahiran dalam pengajaran. Seni merupakan satu subjek unik yang saya kira boleh saya terapkan didalam pengajaran subjek teras. Tambahan pula saya memang minat juga dengan elemen-elemen seni.

Serba sedikit mengenai input yang dapat saya perolehi tentang kursus ini. Secara ringkasnya, untuk penerapan kurikulum baru ini, murid-murid tahun 1 akan didedahkan dengan konsep-konsep penting seni. Contohnya, guru perlu menerangkan konsep dan jenis-jenis garisan seperti garis lintang, garis bujur, garis beralun dan sebagainya. Seingat saya, konsep-konsep ini hanya dipelajari semasa saya di tingkatan 1. Tapi tidak lagi bagi generasi tahun 1 2011 dimana mereka mula belajar kurikulum tingkatan 1 ketika mereka darjah 1. Elemen-elemen teknologi dan keusahawanan juga diterapkan di dalam kurikulum baru ini. Saya melihat positif elemen keusahawanan sebagai satu cara menilai karya murid. Kalau sebelumnya murid akan dinilai dengan ‘A’, ‘B’ atau ‘C’, tapi melalui elemen keusahawanan murid akan meletakkan nilai harga karya mereka. Contohnya, murid meletakkan harga pada lukisan mereka dengan harga RM10.00 dan bertanya pada kawan-kawan siapa yang sanggup membelinya. Di sini kita akan melihat subjek matematik diterapkan dan elemen keusahawanan jelas kelihatan. Secara tak langsung memotivasikan murid menghasilkan karya bermutu.

Selain diberi taklimat, kami juga diberi kumpulan untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran dunia seni visual. Hasilnya?Marvellous!!semua kumpulan tampil dengan idea kreatif masing-masing. Semua kumpulan dapat menyediakan rancangan pengajaran yang saya kira memang dapat menarik minat anak-anak kecil untuk belajar subjek ini.


Kumpulan saya telah menghasilkan rancangan pengajaran bertajuk kraf tradisonal:anyaman kelarai bertemakan buah-buahan.


dalam proses menyiapkan modul...


ni la ahli kumpulan kami:)






hasil kerja kami yang siap:)


ini antara karya kumpulan guru-guru yang mengikuti kursus ini:






kolaj

Secara keseluruhannya, kursus ini memberi saya satu lagi pengalaman baru terutama dapat dalam pengajaran pendidikan seni visual yang akan datang akan ditukar kepada dunia seni visual.



Tuesday, November 9, 2010

siapa paling kuat?

Sekadar perkongsian....


“Yang terkuat di antara kamu ialah orang-orang yang memiliki 3 sifat utama iaitu pertama, apabila sedang suka, rasa sukanya tak sampai menjerumuskan dirinya ke dalam dosa dan kebatilan, kedua, apabila sedang benci, rasa bencinya tak sampai mengheretnya keluar dari kebenaran dan ketiga apabila sedang berkuasa, tidaklah mahu mengambil sesuatu yang bukan haknya” –sabda Rasulullah s.a.w-

semoga saya dan kita semua dapat menghayati hadis ini dan cuba memperbaiki diri agar menjadi insan yang wasotiah dan istiqamah...InsyaAllah, amin....

tiba-tiba muncul pulak idea nak buat sajak ni...:)

modesty is the word

to describe it

wasotiah is also the word

that means it

good muslim

with modesty

encouraged to be that

but the question is

can we?

that’s the test my friend

the test

to test

our strength

towards being truly

Muslim...

250209:1919