Wednesday, November 10, 2010

kssr dunia seni visual tahun1 2011

9 dan 10 November lalu, saya menghadiri kursus kssr dunia seni visual. Kalu sebelum ini, kita didedahkan dengan subjek pendidikan seni visual, bermula tahun depan, 2011, murid-murid tahun 1 akan diperkenalkan dengan subjek dunia seni visual, bukan lagi pendidikan seni visual. Walaupun saya bukan major atau minor seni, peluang menghadiri kursus sebegini memberi saya kesempatan mencapahkan kemahiran dalam pengajaran. Seni merupakan satu subjek unik yang saya kira boleh saya terapkan didalam pengajaran subjek teras. Tambahan pula saya memang minat juga dengan elemen-elemen seni.

Serba sedikit mengenai input yang dapat saya perolehi tentang kursus ini. Secara ringkasnya, untuk penerapan kurikulum baru ini, murid-murid tahun 1 akan didedahkan dengan konsep-konsep penting seni. Contohnya, guru perlu menerangkan konsep dan jenis-jenis garisan seperti garis lintang, garis bujur, garis beralun dan sebagainya. Seingat saya, konsep-konsep ini hanya dipelajari semasa saya di tingkatan 1. Tapi tidak lagi bagi generasi tahun 1 2011 dimana mereka mula belajar kurikulum tingkatan 1 ketika mereka darjah 1. Elemen-elemen teknologi dan keusahawanan juga diterapkan di dalam kurikulum baru ini. Saya melihat positif elemen keusahawanan sebagai satu cara menilai karya murid. Kalau sebelumnya murid akan dinilai dengan ‘A’, ‘B’ atau ‘C’, tapi melalui elemen keusahawanan murid akan meletakkan nilai harga karya mereka. Contohnya, murid meletakkan harga pada lukisan mereka dengan harga RM10.00 dan bertanya pada kawan-kawan siapa yang sanggup membelinya. Di sini kita akan melihat subjek matematik diterapkan dan elemen keusahawanan jelas kelihatan. Secara tak langsung memotivasikan murid menghasilkan karya bermutu.

Selain diberi taklimat, kami juga diberi kumpulan untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran dunia seni visual. Hasilnya?Marvellous!!semua kumpulan tampil dengan idea kreatif masing-masing. Semua kumpulan dapat menyediakan rancangan pengajaran yang saya kira memang dapat menarik minat anak-anak kecil untuk belajar subjek ini.


Kumpulan saya telah menghasilkan rancangan pengajaran bertajuk kraf tradisonal:anyaman kelarai bertemakan buah-buahan.


dalam proses menyiapkan modul...


ni la ahli kumpulan kami:)






hasil kerja kami yang siap:)


ini antara karya kumpulan guru-guru yang mengikuti kursus ini:






kolaj

Secara keseluruhannya, kursus ini memberi saya satu lagi pengalaman baru terutama dapat dalam pengajaran pendidikan seni visual yang akan datang akan ditukar kepada dunia seni visual.



4 comments:

  1. Hmmm..mcm pernah ku lihat wanita yg cun tu,, aku kah itu... heheheh... akak dh bc blog anda... heheheh...

    ReplyDelete
  2. hehehe...tq coz sudi baca coretan yg x sberapa ni...

    ReplyDelete
  3. slm..nk tanyer sikit cmne nk dptkn sukatan atau rancangan tahunan kssr pendidikan seni visual tahun 1 utk tahun 2011 kt internet

    ReplyDelete
  4. sekadar sharing, teman pon pegi kursus nie.. kalau nak donlod RPH dan Rancangan Tahunan Daerah Batang Padang (Perak), leh donlod kat blog teman....

    ReplyDelete