Saturday, October 29, 2011

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan...

Assalamualaikum....


Lama juga rasanya tak menarikan jemari mencoret kenangan di blog ku ini..
Terdetik di hati untuk berkongsi secebis pengalaman hidup dalam menghadapi hari-hari duka.
Hidup umpama roda...itu ungkapan yang biasa kita dengar.Dan terbukti ianya benar.
Pernah dalam satu masa diri ini dihambat rasa sedih yang amat. Alhamdulillah, kerana dikelilingi rakan-rakan yang teguh iman, diri ini turut terpercik nikmat tersebut bilamana mereka mendengarkanku lagu-lagu pembangkit semangat. Dan hari ini ingin dikongsi satu lirik lagu yang memang menjadi kekuatanku tika kejatuhan dulu. Lirik lagu yang begitu berjasa pada diri ini...mari hayatinya..

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

**
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Inilah lagu yang dipopularkan kumpulan naysid Raihan bertajuk, Kehidupan. Bila dihayati liriknya, memang cukup membantu hati remuk kembali bersemangat, Jiwa sedih kembali tenang...

Kini, bila diri makin dewasa, sesungguhnya memang benar kabus tak berpanjangan kerana kabus kan pergi diganti hari cerah.


Lihat saja gambar awan redup di atas.Adakah selamanya awan ini begini?Pastinya tidak bukan? Ianya akan ditukar dengan awan seperti di bawah ini.

Kalau bukan sekejap lagi, ia pasti bertukar esok.kalau bukan esok, pasti hari berikutnya.Yang pasti, awan gelap pasti akan cerah...
Dan yang lagi seronoknya...Betapa Maha Penyayang Allah bukan sahaja Dia menggantikan awan kelabu dengan awan cerah..tetapi,kadangkala disertai dengan pelangi yang indah:)


Inilah kehidupan kita...dan sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita semua.Tidak bererti musibah yang dianggap awan kelabu itu mendatangkan keburukan.Tetapi tanpa kita sedar melalui musibah itulah kita mendapat kebaikan lain yang kita tak terjangka.

Dan memang benarlah hidup umpama roda.Mungkin hari ini kita senang.tetapi perlu diingat esok atau lusa belum pasti.Dan yang pasti setiap ujian adalah tarbiah dan peringatan dari Allah dan kita perlu sentiasa bersabar menanti awan cerah:)






No comments:

Post a Comment