Lama dipendam....Niat hati sekadar nota kenangan untuk diri.
PART I
Jujur, pengalaman melalui pembedahan untuk melahirkan anak pertama agak memeritkan. Sebenarnya lebih kepada rasa 'down' dengan kata-kata orang sekeliling. Itu menyebabkan saya nekad untuk berusaha bersalin normal.
Berpantang seadanya ketika bersalin pembedahan kerana tiada pengalaman. Namun masih menitikberatkan soal pemakanan agar luka cepat baik. Jujur, saya tak ambil gamat atau ikan haruan. Tidak juga sebarang jamu. Pendek cerita, tak ambil apa-apa ubat-ubatan. Sekadar elakkan makanan yang bersifat gatal. Contohnya makanan laut dan minuman sejuk.
Walaupun bersalin pembedahan, Alhamdulillah Allah mudahkan penyusuan bayi. Hari kedua, bayi dapat menyusu dengan baiknya. Rezeki anak sentiasa ada sehinggalah memasuki usia 6 bulan.
Dipendekkan cerita, ketika usia anak memasuki 6 bulan, susu tiba-tiba drop. Bila pam, rasa sakit di rahim. Terdetik nak buat upt.
.......
Dan akhirnya dapat tahu penyebab susu drop.
upt positive
gambar sekadar hiasan. sumber google.
...speechless....
Memang nak baby lagi. Tapi saya baru je 6 bulan c-sect. Allah....dugaannya. Hati mula gundah. Keinginan untuk melahirkan normal mungkin tak tercapai.
Pergi scan di klinik. Confirm. 6-7 weeks. Doktor tanya kenapa tak makan perancang? Saya dengan konfidenya jawab, "Saya fully breastfeeding. Saya ingat fully breastfeeding pun salah satu cara merancang".
Doktor terus marah. "Tu la awak. Terlalu banyak baca kat internet tu. Memang boleh merancang dengan breastfeeding. Tapi untuk 3 bulan sahaja. bukan 6 bulan."
Saya dah mula cuak. "Jadi doktor, macam mana ya? Risiko ke?"
Doktor tu pun jawab "Memang la risiko. Awak tahu kan risiko apa?"
"Uterine rupture"
"Tahu pun. Kalau dah jadi, awak atau baby pun tak boleh diselamatkan"
Gulpppp.
........
Keep positive!!!
Sejak dari itu saya mula positifkan diri sendiri. Banyak membaca. Tapi, saya banyak baca yang positif je la. Naikkan semangat diri sendiri. Ya, memang risikonya tinggi untuk kali ni. Tapi ini anak saya. Kalaupun doktor cakap risiko, so? Takkan saya nak korbankan anak ni? A big NO! I have to do something to make sure me and my baby will go through the phases healthily, safely.
Dalam pembacaan, saya akhirnya tahu pasal v-bac. Kali pertama tahu term tu untuk bersalin normal selepas c-sect. Vaginal birth after c-sect. Jadi, banyak la saya baca pengalaman yang BERJAYA bersalin normal walaupun pernah menjalani pembedahan. Saya pun join juga group2 berkaitan v-bac di facebook. Contohnya ICAN. Ada lagi, tapi lupa plak. Masa tu saya google je. Jadi bila saya tengok group yang banyak bagi support untuk v-bac, saya join je la.
Ada juga saya follow individu yang menyokong v-bac. Kata-katanya yang selalu menyokong v-bac membuatkan semangat saya naik kembali. Ada sekali tu, saya mesej personal individu tersebut, menyampaikan keresahan saya dan keinginan saya untuk bersalin normal. Pendek je ayat beliau balas. Tapi cukup bermakna.
"Tiada yang mustahil bagi Allah"
Ayat itulah yang saya pegang sepanjang melalui tempoh mengandung. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Disamping melengkapkan diri dengan bacaan, saya juga mengamalkan makanan bersumberkan alam semulajadi dan makanan sunnah dengan harapan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman sekaligus menguatkan rahim.
Oh ya,penyusuan anak pertama masih diteruskan walaupun susu drop. Tak sampai hati nak putus susu sebab usianya hanya 6 bulan.
Mengandung kali ini memang lebih aktif. Anak yang tengah membesar yang memerlukan perhatian 24 jam membuatkan saya sentiasa aktif. Tapi bagus sebenarnya. Salah satu cara nak mudah bersalin normal ialah keep active. ;-)
Bila buat buku pink, dugaan lagi. hahaha....di klinik, sudah tentulah perlu kebalkan telinga pula. Ini dugaan juga. Sebab di klinik kesihatan kerajaan kita akan berjumpa jururawat dan doktor yang berbeza setiap kali rawatan. hahaha...Jadi, kebalkan telinga je la. Di buku pink saya dapat sticker hijau. Ada 3 risiko: usod, c-sect dan poor spacing. Semua cakap risiko tinggi.
Saya dah nekad. Ya, saya nak cuba juga bersalin normal dan saya perlu kuatkan semangat diri sendiri. Memang risiko tinggi. Tapi ada yang berjaya. So, ianya tak mustahil. Sejak itu saya cuba sehabis mungkin pikir yang posotif sahaja. Saya akan elakkan orang yang cakap "kalau dah c-sect, memang c-sect juga la lepas ni" "boleh ke bersalin normal? rapat sangat awak mengandung. c-sect juga ni"
to be continued...
No comments:
Post a Comment