Sunday, October 2, 2016

V-bac ....bersalin normal selepas pembedahan ii

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..


So, kisahnya perlu kebalkan telinga setiap kali ke klinik kesihatan. Tapi bila fikir balik, semua itu ada hikmahnya. Doktor dan jururawat hanya risaukan tentang kesihatan dan keselamatan saya dan bayi. Skurang-kurangnya semua yang terjadi buat saya lebih berhati-hati kali ini. Ya. Ada beberapa perkara yang saya ingin catatkan di blog ini sebagai simpanan diri sendiri dan jika bermanfaat untuk mereka yang pernah melalui apa yang saya lalui, alhamdulillah....

Disini ingin saya catatkan perkara-perkara yang saya titikberatkan semasa kehamilan kedua dengan harapan dapat melalui kelahiran normal.

PEMAKANAN

Kali ni, saya agak jaga pemakanan saya. Saya cuba amalkan pemakanan sunnah. Antara yang saya amalkan ialah 

1. Susu kambing
Hasil carian imej untuk susu kambing karihome dewasa

Ini memang dah diamalkan sejak mengandung anak pertama. Biasanya saya campurkan susu kambing dengan pati kurma. Mula-mula, campur juga dengan madu. Tapi disebabkan madu agak mahal, ahakss.. so saya hanya bancuh susu dan pati kurma. Orang cakap susu kambing boleh kurangkan demam kuning bayi.Alhamdulillah, anak pertama memang tiada demam kuning. Saya guna jenama Karihome sebab kurang manis. Pernah cuba brand lain, yang 3 in 1 pun pernah cuba. Tapi tak serasi pula.

2. Pati delima
Hasil carian imej untuk gulsan
Jujur, sebenarnya kadang-kadang jemu juga minum susu. hahaha...So, saya amalkan juga pati delima. Rasanya masam. Biasanya saya campur dengan pati kurma. Sedap. Bancuh dengan air kosong macam kita buat air kordial tu. Delima memang bagus untuk ibu mengandung. Disebabkan saya susah nak cari buah delima, tu yang amalkan pati ni je. Tapi lebih baih kalau dapat makan buah delima.

3. Kurma / pati kurma

Hasil carian imej untuk kurma maryami


Hasil carian imej untuk pati kurma

Kurma memang telah dikenalpasti makanan sunnah dan sangat berkhasiat. Apatah lagi untuk ibu mengandung. Saya paling suka kurma mariami. Kurma memang perlu makan tiap-tiap hari. Nak dekat bersalin lagi la kena kerap makan kurma. Atas tu adalah pati kurma yang suami saya selalu belikan. Kalu terlupa makan kurma, at least dah minum susu/pati delima campur pati kurma. hehehe...Apa-apapun yang fresh dan original still the best and paling banyak khasiat.

4. Minyak kelapa dara
Hasil carian imej untuk minyak kelapa dara catalyst

Ramai yang review cakap kalau nak senang bersalin normal kena amalkan minyak kelapa dara. Masa mengandung kali pertama saya tak cuba. Untuk kali kedua ni, saya cuba. Kalau tak silap dari usia kandungan 5 bulan saya dah amalkan minyak kelapa dara. 2 biji sehari. Tapi bila dah menunggu hari, lagi banyak saya makan. Dalam 6-10 biji. Saya cuba brand ni sebab bila baca review, minyak kelapa dara semua sama. So saya rasa tak kisah la ambil brand apa. Cuma pastikan tarikh luput. Kalau saya saya akan tengok juga tarikh produksi.

5. Minyak habbatus sauda / minyak zaitun

Hasil carian imej untuk minyak habbatus sauda minsyam
Disebabkan saya tak mengamalkan sebarang ubatan selepas pembedahan, saya amalkan minyak habbatus sauda atau minyak zaitun. Saya tawakal je sebab habbatus sauda ubat segala penyakit. Saya amalkan habbatus sauda atau minyak zaitun dengan harapan luka dalaman cepat sembuh. Kadang-kadang di kedai yang saya selalu beli minyak habbatus sauda kehabisan stok, saya beli minyak zaitun. Kadan-kadang saya ambil 1 kapsul habbatus sauda dan 1 kapsul minyak zaitun waktu pagi. Malam pula saya ambil minyak kelapa dara. Bagi saya ketiga-tiga minyak ni mempunyai khasiat tersendiri. 

# semua gambar diambil dari google

Atas ni semua yang saya amalkan sepanjang mengandung terutamanya untuk kandungan kedua. Baiklah, ada juga yang perlu dielakkan untuk mengekalkan kesihatan sepanjang mengandung ni.

1. Makanan proses ( burger, nugget, kentang goreng, jajan, maggie dan yang seangkatannya)
2. Makanan segera
3. Ais / minuman sejuk
4. Makanan / minuman 3in1
5. M**o (sebab kandungan gula tinggi)
6. Kurangkan roti dan biskut ( kandungan gula tinggi)






No comments:

Post a Comment