In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Yakin. Percaya. Usaha.
Pertolongan Allah takkan pernah putus. Doa hambaNya tak pernah dipandang sepi.
Sekadar coretan ringkas. Bukan mendabik dada apalagi merasa hebat. Sekadar catatan nota peringatan diri. Jika bermanfaat pada yang lain, Alhamdulillah. Sesungguhnya ilmu Allah luas.
1) Solat hajat, solat taubat atau apa sahaja solat sunat.
2) Doa Nabi Yunus
3) Mengaji/ baca quran setiap hari. Paling kurang surah Yasin.
4) Baca Surah Maryam setiap hari
5) Zikir / doa memudahkan
6) Mohon maaf dengan suami
7) Maafkan semua orang. Jika teraniya atau disakiti oleh sesiapa, cuba maafkan, niatkan moga Allah mudahkan urusan kita.
8) Bersedekah. Seeloknya tidak diketahui sesiapa.
9) Mohon suami, ibubapa, anak-anak, rakan-rakan (sesiapa sahaja terutamanya golongan yang mustajab doanya) untuk mendoakan kita.
....
Kalau tak dapat semua, buat mana yang mampu. Allah nampak kesungguhan kita. Kalau boleh cuba buat semua. InsyaALLAH dengan izin Allah mudah urusan kita.
Di sini juga disertakan panduan mudah bersalin.Moga bermanfaat. ;-)
No comments:
Post a Comment