On your birthday,
so much to say...
On your birthday,
so much to pray...
But
On your birthday,
the most wanna say..
is only
how much i appreciate you..
On your birthday,
the most wanna pray...
is only
May Allah grant you success,happiness
and His love always...
amin...
Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts
Tuesday, December 20, 2011
Friday, December 16, 2011
Ais krim goreng sri damai :)
Assalamualaikum...
sebelum ni dah bjaya wat karamel.now, i'm trying the new recipi from the same website. AISKRIM GORENG!!!
Sebelum ni,dengar je pasal aiskrim goreng.tp tak pernah cuba la.makan pun tak pernah.
So, I grab the chance when I got the recipe and try it out.YEAHHH!
It is just an 'at the tip of the finger-recipe'.kikiki...it is indeed true!
Resipinya
roti potong
aiskrim
air
minyak
acuan bulatan
-basahkan roti dengan sedikit air.
-letakkan aiskrim di tengah roti.letak sekeping lagi roti di atas aiskrim td.
-guna acuan bulatan dan telangkupkan di atas roti agar roti dipotong dalam bentuk bulatan.
-masukkan roti tadi dalam plastik dan biarkan didalam peti sejukbeku semalamam.
-setelah semalaman bolehla digoreng dalam api yang betul2 panas.
-then, siap la aiskrim gorengnyer.
yang sy wat guna aiskrim vanila.tetibe dapat idea, nak bg sedap leh makan ngan coklat topping.cam topping kek moist tu.best sgt!
YUMMMYYYYY:))Saturday, December 10, 2011
Puding Karamel hasil air tanganku ;)
Assalamualaikum...
Cuti-cuti sekolah ni tak banyak sangat aktiviti.Duk umah dan besarkan badan.huhuhu..tapi dalam masa yg sama masih bekerja keras melawan virus M untuk menyiapkan uniform keje yang baru.Ye la, kalu pakai baju sama je, sian plak clients duk tengok ari2 baju same.nak berdepan ngan clients kena la ceria2 kan?tak semestinya baju mahal dan grand, tapi cukupla sekadar kemas dan bersih.takde la banyak pun wat uniform baru, sekadar nak nmpk 'fresh' sikit je bile mule keje awl thn t.
ok, back to the story.selain jd tailor, perasaan tuk mencube resepi baru membuak2 gak.so, de la try google reseipi simple yg leh d try tnpa kos yg byk (sbb dh agk pokai).and...what i found is a recipe of caramel.ermmmm.yummyyyyyy.even though not really like sweet food, but just want to have it a try.at least i know to bake it rite?
i found a very simple, easy-to-try recipe from http://www.myresipi.com , a very good website for amateur chef like me :P hehehe..
well, the recipi:
karamel:
2 sb air
5 sb gula
(masak gula dan 1sb air dengan api yang perlahan.biar sampai sedikit perang.masukkan 1sb air lagi then masak hingga perang.tuang dalam loyang)
3bj telur
2bj telur kuning
5sb gula
2-3 titik esen vanila
1tin susu cair
masukkan telur, kuning telur dan gula dalam mangkuk.kacau sebati.jangan sampai berbuih.
then, dalam periuk yang lain, panaskan susu dan esen vanila dlm 60dgree celcius.(panaskan susu sekejap je)
then, tuangkan susu ke dalam mangkuk telur.kacau sebati.
setelah sebati, bolehla dituangkan kedalam loyang berisi karamel tadi.
tutup loyang dengan aluminium foil supaya bila dikukus air kukusan tidak mengganggu struktur karamel.
lastly, masakkan menggunakan teknik kukusan lebih kurang 30 minit.
dan hasilnya....yummmmmmyyyyyy!!!
sy suke resipi ni sebab tak terlalu manis.jz nice.mak pun leh makan coz mak xleh mkn mns2 kn.at least ok la kalu nk rase sikit.
ni time 1st time wat.rupe x cntk sgt.tp rase karamel de:)Alhamdulillah...dpt gak sediakan juadah yg simple:)
Saturday, December 3, 2011
Alhamdulillah...Thank You Allah:)
Alhamdulillah...All praises be to Allah...
so relief that the plan went smoothly dan majlis selesai dengan sempurna:)
Ya Allah, semoga perancangan kami selari dengan perancanganMu kerana sesungguhNya perancanganMu yang terbaik.amin...
so relief that the plan went smoothly dan majlis selesai dengan sempurna:)
Ya Allah, semoga perancangan kami selari dengan perancanganMu kerana sesungguhNya perancanganMu yang terbaik.amin...
Monday, October 31, 2011
Pink roses spread the fragrance into my life ;)
Assalamualaikum...
people said, one way to cheer up is to do what you like or tell things you like.Well, now I think I need to cheer up and would like to share my craziness over fragrance of pink roses:)
Well, it all started when i try moroccon rose from body shop and till now i'm just loyal to it.
A word best describe it is 'simple'.Yup, believe me it is a simple yet nice and soft fragrance. I love it and it is the only fragrance I bought since i knew it.

And....because of this moroccon rose, i begin to fall in love with rose fragrance. I begin to love pink roses as the smell is so sweet:p
Roses...roses...spreading the fragrance into my life
Thursday, October 27, 2011
My first chocolate cake moist ;)
Assalamualaikum...
At last, i made it.yeayy!
Even it was not as delicious as secret recipe, but I think this was a good performance since this was my first try baking the steamed moist chocolate cake:)
Well, i'm chocolate lover and surely i wont miss the chance to bake the cake my own.


Actually, i took the recipe from internet and simply tried it.credit to the website (well sorry, forgot to copy the site add)
Very satisfied manage to bake the cake:p
Sunday, August 14, 2011
Masa telah berlalu...
dedikasi buat mags7:
Rindu bertandang lagi
pada hati
yang tak pernah mati
mengingati
Rindu menyapa
terkenang kenangan
semua indah belaka
hanya tinggal bayangan
Ah!Hati sukar dipujuk
memori tak lagi terperuk
bila rindu mengetuk jiwa
bila kenangan bermain di mata
Terlalu lama menjalin ikatan persahabatan
dan akhirnya membawa haluan mencapai cita....
namun ingatan tak pernah lusuh
walau disinar sang suria dibasahi gerimis
dan masa pun berlalu...
terlalu rindukan teman seperjuangan mags7 ipik-um yang banyak berkongsi suka duka tawa hiba, teman yang sering disisi sukar diganti...
dan kelmarin baru saja mendapat berita gembira salah seorang kami akan melangkah ke satu lagi fasa baru kehidupan. terlalu gembira dan excited mendengar berita tersebut. semoga huda dan kekasih hati bahgia ke akhir hayat. Selamat bercinta hingga ke syurga buat mereka:)
Thursday, April 22, 2010
Bila Allah menjemput kita....
Assalamualaikum...
Hari ini saya dikejutkan dengan berita salah seorong sahabat, Nuradila Yahya yang baru sahaja kehilangan ibunda tercinta. Tumpang bersedih dan memang amat terasa kesedihan yang dialami memandangkan saya juga mengalami perkara yang sama, pada bulan ni tahun lepas,25/4/09 dimana ayahanda tercinta juga dijemputNya....Begitu besar ujian buat Dila. Semoga dia tabah. Semoga kita yang hidup juga mengambil iktibar. Sedar bahawa ajal sudah hampir dengan kita walaupun masih muda dan sihat. Kerana sesungguhnya sekarang ini dimana-mana dapat dilihat kematian yang tidak disangka. Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Sememangnya berita perginya ibu dila turut terkesan di hati saya. Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, bulan ini memang 'bulan sedih' untuk saya. Bukan nak bersifat mengada-ngada atau tak redha dengan ketentuan Nya, tetapi saya tak boleh elak apabila semua yang berlaku april tahun lepas seolah terngiang-ngiang di depan mata. Sesungguhnya, ujian kehilangan insan tercinta yang tiada gantinya adalah ujian yang berat. Tapi sebagai umat Islam, memang bertuah kerana masih ada tempat menumpahkan keresahan dan kesedihan bila-bila masa, dimana-mana sahaja...Allah S.W.T. Yang Maha Penyayang, Maha Mendengar, Maha Tahu...
Akhir kalam...takziah buat Adila sekeluarga, semoga tabah dan semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh ibunda tercinta...Al-Fatihah...
Sunday, April 18, 2010
pernahkah saya bersyukur???
pernahkah kita menghargainya?.. nikmat yang tidak terhingga besar yang pernah Allah kurniakan kepada seseorang itu apabila dia dilahirkan sebagai Islam, nikmat ini wajib disyukuri kerana tidak mampu dibayangkan jika dilahirkan atas agama lain.. pernahkah?
Assalamualaikum....
tengah membelek-belek facebook tadi, terkesima sebentar dengan status iluvislam.com .
terkesima dan rasa macam terhantuk dengan kuat. Betapa diri ini begitu jahil dan tamak tanpa mensyukuri nikmat yang tak ternilai harganya, iaitu dilahirkan dalam Islam.
Selama ini, terlalu risau dan bersedih bila tak dapat apa yang dinginkan seperti keputusan yang cemerlang, makanan yang sedap-sedap dan sebagainya...
Tetapi sebenarnya bak kata Ust Hasrizal, kita dapat apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana...Dia tahu apa yang terbaik untuk kita....
Tetapi mengapa diri ini tidak pernah bersyukur dengan apa yang kite perlukan sangat yang telah Allah berikan tetapi sering menangisi apa yang kita mahu yang Allah tak bagi?
Sesungguhnya nikmat dilahirkan dalam Islam adalah nikmat terbesar yang semua orang Islam kecapi sejak dari kandungan ibunya.
Sungguh...saya tak boleh bayangkan jika tidak dilahirkan didalam Islam.Memang, dilahirkan sebagai Islam bukan bermakna kita akan Islam secara sempurnanya...Ramai yang lahir sebagai Islam tetapi tiada sifat Islaminya dalam kehidupan seharian. Tetapi, bagi mereka yang berfikiran, dilahirkan sebagai Islam adalah satu platform yang cukup sempurna untuk melayari kehidupan seterusnya dalam fikrah dan lumrah Islam melalui jalan yang terbentang luas.
Tapi ini juga tidak bermakna mereka yang tidak dilahirkan sebagai Islam tidak akan menemui jalan menuju Islam.Sesungguhnya Allah Maha Adil. Semua insan ada bahagian masing-masing. Cuma ingin diingatkan betapa bertuahnya mereka yang lahir sebagai Islam, keluar dari rahim seorang wanita Islam, mempunyai mak ayah Islam, keluarga Islam. Cuma berbezanya bagaimana kita menghargai nikmat Islam itu. Samada terus mengamalkan ajaran Islam as a way of life atau mengambil kesempatan hanya sleeping partner dalam Islam.
Jadi sekarang, terpulanglah pada diri masing-masing untuk menilai nikmat-nikmat yang Allah berikan...bukan setakat dilahirkan dalam Islam, tetapi Allah bagi pakej lengkap, keluarga Islam, negara Islam, jalan ilmu yang bersimpang siur, bijak pandai yang ramai...semuanya terpulang pada kita untuk menghargai nikmat-nikmat Allah itu.
'sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya...'
sekadar coretan memuhasabah diri...
ikhlas dengan balasan atau ikhlas tanpa balasan....sejauh mana pencapaian diri???

“... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’d, 13: 28)
Terus terang...bulan ini merupakan bulan yang sungguh tidak menenangkan buat saya...sebahagian orang ada mengatakan 'masa boleh menyembuhkan'...tetapi, sebagai insan hina, seorang manusia yang lemah...memang terlalu sukar menerima kehilangan ayah tercinta....bukan tidak redha dengan ketentuan Ilahi, tetapi, apa yang berlaku tahun lepas pada pagi 25April...seolah-olah terngiang-ngiang kembali....walaupun belum 25 April lagi...tetapi April2009 menyaksikan penderitaan arwah ayah saya berhadapan dengan kesakitannya sehingga dijempu Ilahi....
Sungguh, amat sukar menempuhnya...membuatkan hati saya tak keruan dan cuba untuk melakukan banyak perkara seboleh mungkin untuk tidak mengingati peristiwa itu...
Alhamdulillah...berkat berkawan dengan mereka yang selalu mendekatkan diri denganNya membuatkan saya turut terkena tempiasnya...Sejak mengenali blog-blog dakwah dari pendakwah-pendakwah tanahair, saya senang membacanya untuk menguatkan lagi hati yang suka goyah ini....sekurang-kurangnya menjadi penawar bagi hati ini memandangkan saya tidak mengambil apa-apa kelas agama formal. Jika ada kelas agama, sekurang-kurangnya ada input yang menyejukkan hati dan menerangkan hati. Tapi, Alhamdulillah, kecanggihan teknologi yang digunapakai sebaiknya oleh bijak pandai membuatkan penerokaan ilmu tidak pernah terbatas...
Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini adalah mengenai kebaikan dan juga keihklasan.
Semalam, saya melawat blog Ust Pahrol dan membaca entri beliau yang bertajuk 'orang ikhlas tertindas' http://genta-rasa.com/2010/04/09/orang-ikhlas-tertindas/
tajuk yang sudah mampu menarik minat saya membacanya....
Kisah orang yang ikhlas melakukan kebaikan tetapi tidak dihargai. Tanpa disedari sebenarnya Allah S.W.T. membalas keihklasanya melalui cara yang tidak disangka-sangka. bahkan lebih baik dari apa yang diharapkan...
Entri ini mengingatkan saya pada maklumat yang dikongsi didalam usrah semasa di maktab perguruan ilmu khas....Salah seorang sahabat berkongsi cerita tentang seorang doktor yang berjaya....
Pada suatu hari, seorang pesakit ingin mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Lelaki ini terlalu sakit dan minta dirawat awal. Tetapi jururawat disitu tidak membenarkan. Melihatkan keadaan itu, seorang dokotor telah datang dan membenarkan lelaki itu untuk dirawat dahulu.
Petangnya, doktor itu mendapat panggilan dari ibunya. Ibunya menceritakan kejadian yang menimpa dirinya pada hari itu dimana sewaktu ibunya ingin melintas jalan yang sesak, seorang pemuda datang dan membantunya. Setelah mendengar kisah ibunya, doktor itu terus bersyukur didalam hati bahawa inilah berkat dari Allah kerana berbuat baik kepada orang lain dan ibunya mendapat tempias kebaikan anaknya.
Cerita ini sebenarnya menjelaskan bahawa apabila kita melakukan kebaikan, buatlah dengan ikhlas kerana Allah, bukan untuk mendapat balasan, pujian atau terima kasih. Jangan sesekali mengharapkan balasan dari apa yang kita lakukan kerana sesungguhnya hati yang ikhlas melakukan kebaikan sudah pasti mendapat balasan yang baik dari Allah. Paling penting, harus diingat, apabila melakukan kebaikan kepada seseorang, sebenarnya bukan balasan dari orang yang sama yang perlu kita harapkan. Allah sudah pasti akan mendatangkan kebaikan melalui jalan yang kita tidak sangka. Mungkin juga balasan kebaikan kita diterima orang-orang yang kita sayang...
Untuk penjelasan yang lebih padat dan menarik, bolehlah membaca entri Ust Pahrol
Sekadar coretan peringatan diri sendiri....:)
Sunday, March 14, 2010
Lebih baik buat dari tak buat....

Assalamualaikum...
Memandangkan saya adalah seorang insan yang masih perlu banyak belajar, pelbagai perkara menyesakkan pemikiran saya. perasaan bercampur baur. Takut, cemas, ragu-ragu, putus asa, rasa nak mengalah....Maklumlah saya sekadar insan yang hina dan terlalu mudah tunduk dengan pujuk rayu syaitan laknatullah dan pujukan nafsu saya sendiri. Kadang-kadang (biasanya selalu jugak) saya sering menyoal diri kenapa saya tak berubah lagi? kenapa hati saya masih resah walaupun saya zikir..Astaghfirullah...terlalu jahil dan lemah diri ini sehingga ujian sebegini boleh menggoyahkan iman yang sebesar kuman ini....
Tetapi Allah s.w.t dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya telah menunjukkan saya jalan melalui buku-buku and coretan ilmiah. Dan memang betul-betul kena atas hidung saya. Pembacaan saya melalui satu artikel berharga ini yang ditulis oleh Roslan Kassim (ANIS bil137 Januari2009) menyebabkan saya tersedar betapa cepat saya mengalah dalam perjuangan membetulkan diri sendiri.
Zikir.
Dengan berzikir kita mengingati Allah. Dengan mengingati Allah, Dia pun akan ingat kita. Tapi masalah saya, bila saya berzikir, hati saya masih ingat benda lain lagi. Masih memikirkan masalah diri yang sebesar kuman jika dibandingkan dengan masalah yang melanda umat Islam sekarang. Tetapi saya bersyukur sangat. Saya terjumpa artikel yang menaikkan semula darjah keyakinan saya. menurut artikel ini, sebagai manusia biasa terutama insan yang baru mengamalkan zikir, sudah tentulah hati masih lagi tidak dapat ditumpukan sepenuhnya kepada zikir itu. Sedangkan orang yang mengamalkan zikir selama beberapa tahun masih lagi tidak merasa ketenangan, inikan pula bagi mereka yang baru memulakannya. Tetapi ini bukanlah penghalang untuk kita tidak berzikir. Sekurang-kurangkan lidah dan mulut kita masih terkumat-kamit menyebut nama Pencipta kita Yang Maha Esa. Sekurang-kurangnya lidah dan mulut kita terselamat dari mengatakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Sekurang-kurangnya, lidah dan mulut kita menjadi saksi di akhirat kelak bahawa mereka pernah menyebut dang mengagungkan Ya Rabbi. Hal ini sama juga lah denga solat. Berapa ramai yang solat tapi hatinya tak tenang, masih buka aurat, masih mengumpat? Ramai kan. Tetapi sekurang-kurangnya solat itu adalah bukti mereka percaya kepada Ilahi. Mungkin lambat laun solat itu membuatkan dia tersedar akan kesalahan yang dilakukan.
Tapi ini bukanlah bermakna kita perlu untuk berada pada tahap ini selamanya. Sampai bila saya mahu sekadar berzikir tapi fikiran saya kemana-mana entahnya? Sampai bila saya mahu solat tapi sekadar bangun, tunduk, sujud tanpa penyerahan sepenuhnya kepadaNya...Sampai bila saya mahu berada di takok lama sedangkan Allah mengambil kira usaha seseorang berbanding hasilnnya? Inilah pentingnya usaha kita. Allah tidak akan menghukum kita untuk sesuatu yang kita tak tahu. Tetapi Dia murka kepada hambanya yang tidak mahu berubah sedangkan Dia takkan merubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri merubahnya. "Dan kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh mujahadah untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami benar-benar akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami itu"(Al-Ankabut:69)
Jadi, kesimpulannya disini, janganlah kita menghilangkan keyakinan kerana tidak dapat mengecapi nikmat ibadah samada melalui zikir atau selainnya dengan tak buat langsung dan janganlah kita memberi alasan yang kita masih baru belajar dengan tidak mahu berusaha membaiki diri.
Alhamdulillah...akhirnya saya dapat suatu yang amat berharga yang saya cari selama ini. Semoga Dia meneguhkan hati saya untuk terus berpegang pada pendirian "Allah tidak memandang sesuatu hasil, tetapi Dia memandang dan mempersoalkan usaha yang kita lakukan."
Disinilah lahirnya formula usaha+doa=tawakal. Sesungguhnya hasil sesuatu usaha adalah di tanganNya...kita sebagai hambaNya perlu selalu mengharapkan keredhaanNya dan yakin dengan ketentuanNya...
Saturday, March 13, 2010
Ukhwah di Tasik Universiti :)

Assalamualaikum...
pagi ni, berjaya juga mencelikkan dan memaksa mata ni terus bertahan selepas Subuh tadi sebab dah janji ngan mag7 nak jogging di Tasik U. Kalau ikutkan hati, memang malas. Dah la jauh, nagantuk plak...tambah plak giliran saya menjadi pemberi tazkirah (cam naqibah la, tapi x layak lagi sebenarnya). tapi tu kalau ikutkan hati....yang tak patut diikutkan sangat sebab pepatah ada mengatakan, "ikut hati, mati, ikut rasa, binasa". Jadi, saya tak ikut hati la. tapi sy ikut kata iman dan atas ukhwah yang amat disayangi...mag7 adalah nikmat sahabat dari Allah yang amat berharga untuk saya...Allah pertemukan saya dengan mereka sebagai salah satu platform untuk saya menjadi saya seperti hari ini (bagi yang kenal saya la...).....Jadi, dipendekkan cerita, jadilah jogging dan usrah hari ni...Alhamdulillah...
Sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan dan sebab saya tak tau nak bagi tazkirah tajuk apa, akhirnya saya pilih tajuk 'Keimana bentuk sahabat sejati'...Maklumat yang saya sampaikan tadi sepenuhnya saya ambil dari satu blog yang saya rasa amat bermanfaat...
Jadi, dalam banyak-banyak point yang ditulis di sini, saya tertarik dengan point bahawa kita sebagai sahabat perlu berani menegur sahabat kita untuk melindungi sahabat kita dari kemurkaan Allah..maksudnya kita tegur sebab Allah...sepatutnya macam tu lah. apa-apa yang kita buat perlu diniatkan kerana Allah supaya diberkati. macam bersahabat jugakla, niat kerana Allah, baru kita rasa nikmat bersahabat....baru rasa sayang dekat sahabat...
Selain itu, dah menjadi lumrah bahawa manusia ni diciptakan sengan sifat yang sering terlupa. kerana itulah saya memandang penting bagi sahabat menegur sahabatnya yang melakukan kesalahan walaupun selalunya amat susah dan berat kita nak melakukannya. ditambah pulak kalau sahabat tu memang jenis susah nak terima teguran walaupun dengan cara baik. disinilah ALLAH nak menguji sifat sabar kita...sejauh mana kita bersabar dengan kerenah sahabat kita dan sejauh mana kita bersabar dalam menegakkan yang benar.
"...sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan yangnasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran." (Al-Asr;1-3)
Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa untuk menjadi orang yang beriman dan beramal soleh, kita perlu juga menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Dan inilah orang yag dijauhkan dari kerugian. Tidak dinafikan ada yang susah nak terima teguran. Tapi, hikmah bersabar itu lebih besar. Kita tak tau, dengan teguran kita sebenarnya telah membuatkan sahabat kita berfikir dan boleh jadi dia akan menerima kebenaran kata-kata kita, kalau tak pada saat itu, mungkin di masa akan datang...dan mungkin juga bila kita dah tiada, baru dia sedar kebenaran kata-kata kita. Sekurang-kurangnya usaha kita berhasil walaupun memakan masa yang lama dan inilah hikmahnya bersabar...
Rasanya setakat ini dulu coretan kali ini...semoga apa yang saya sampaikan hari ini di tasik tadi melekat di jiwa saya dan saya dapat mengamalkannya...sama-samalah muhasabah diri dan memperbaiki diri...sesungguhnya Keampunan Allah mengatasi kemurkaanNya...
Friday, March 12, 2010
dAri HatI uNtuK hAti...
Assalamualaikum...
alhamdulillah..akhirnya dapat juga inspirasi untuk menghasilkan blog ini sebagai platform memuhasabah diri dan berkongsi apa yang ada....Post-post di dalam blog ini yang bakal di publish sudah tentu mempunyai banyak kekurangan memandangkan diri ini yang masih dalam proses memperbaiki kekurangan dan mencari jalan terang...dan blog ini juga lebih bersifat diari dan cerita-ceritanya serta watak-wataknya adalah berkaitan kehidupan saya....
Pada sesiapa yang membaca, terima kasih diucapkan dan semoga memberi manfaat dan apa yang salah minta diberitahu agar dapat sama-sama memperoleh kebaikan darinya...
Satu lagi, mungkin dalam blog ini juda ada banyak sajak sebab saya suka tulis sajak...Jadi kalau sajaknye tak best, gelak dalam hati je la ye.hehehe...
kenapa DARI HATI UNTUK HATI?
-sengaja memilih ini sebagai nama blog kerana ini blog kehidupan saya...apa yang nak dicoretkan adalah dari hati dan untuk hati saya sendiri sebagai memuhasabah diri sendiri...
kenapa http://sibur-sibur.blogspot.com?
-'sibur-sibur' adalah favourite saya sebab die comel:)...dan ia lambang diri saya yang kerdil dan sedang terbang mencari jalan pulang yang terang, yang hakiki....
Subscribe to:
Posts (Atom)




