Tuesday, June 29, 2010

kurung riau untuk k.ngah


Assalamualaikum...


Alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya menyiapkan baju kurung riau untuk k.ngah. saja je nak jahit untuk k.ngah. tak tahulah k.ngah selesa atau tak dengan jahitan saya.harapnya ok la.hehehe..semalam dah pos baju tu ke perlis. tak sabar pula nak tunggu respon k.ngah.

Tapi dalam pada gembira siapkan baju k.ngah, sedih juga sebab tak dapat siapkan baju k.chik.kalau boleh k.chik nak pakai baju tu khamis ni. tu baju office dia, tapi malangnya saya tak dapat siapkan atas sebab-sabab tertentu. baju kurungnya dah siap.cuma kainnya pula ada masalah. erm...takpelah, apa-apapun, saya kena teruskan menjahit juga.baju akak dan k.chik ada lagi yang perlu dijahit. harap-harap sempat la siapkan. saya pun tak sabar nak jahit baju konvo saya. tapi tu la, kainnya pun tak beli lagi.huhuhu.tak kisah la, kalau ada rezeki bolehla saya pakai baju baru masa konvo nanti. kalau takde pun takpe.yang penting dapat scroll.betul tak?

No comments:

Post a Comment