Serba sedikit mengenai input yang dapat saya perolehi tentang kursus ini. Secara ringkasnya, untuk penerapan kurikulum baru ini, murid-murid tahun 1 akan didedahkan dengan konsep-konsep penting seni. Contohnya, guru perlu menerangkan konsep dan jenis-jenis garisan seperti garis lintang, garis bujur, garis beralun dan sebagainya. Seingat saya, konsep-konsep ini hanya dipelajari semasa saya di tingkatan 1. Tapi tidak lagi bagi generasi tahun 1 2011 dimana mereka mula belajar kurikulum tingkatan 1 ketika mereka darjah 1. Elemen-elemen teknologi dan keusahawanan juga diterapkan di dalam kurikulum baru ini. Saya melihat positif elemen keusahawanan sebagai satu cara menilai karya murid. Kalau sebelumnya murid akan dinilai dengan ‘A’, ‘B’ atau ‘C’, tapi melalui elemen keusahawanan murid akan meletakkan nilai harga karya mereka. Contohnya, murid meletakkan harga pada lukisan mereka dengan harga RM10.00 dan bertanya pada kawan-kawan siapa yang sanggup membelinya. Di sini kita akan melihat subjek matematik diterapkan dan elemen keusahawanan jelas kelihatan. Secara tak langsung memotivasikan murid menghasilkan karya bermutu.
Selain diberi taklimat, kami juga diberi kumpulan untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran dunia seni visual. Hasilnya?Marvellous!!semua kumpulan tampil dengan idea kreatif masing-masing. Semua kumpulan dapat menyediakan rancangan pengajaran yang saya kira memang dapat menarik minat anak-anak kecil untuk belajar subjek ini.
ni la ahli kumpulan kami:)
Secara keseluruhannya, kursus ini memberi saya satu lagi pengalaman baru terutama dapat dalam pengajaran pendidikan seni visual yang akan datang akan ditukar kepada dunia seni visual.
Hmmm..mcm pernah ku lihat wanita yg cun tu,, aku kah itu... heheheh... akak dh bc blog anda... heheheh...
ReplyDeletehehehe...tq coz sudi baca coretan yg x sberapa ni...
ReplyDeleteslm..nk tanyer sikit cmne nk dptkn sukatan atau rancangan tahunan kssr pendidikan seni visual tahun 1 utk tahun 2011 kt internet
ReplyDeletesekadar sharing, teman pon pegi kursus nie.. kalau nak donlod RPH dan Rancangan Tahunan Daerah Batang Padang (Perak), leh donlod kat blog teman....
ReplyDelete