Tuesday, June 29, 2010

kurung riau untuk k.ngah


Assalamualaikum...


Alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya menyiapkan baju kurung riau untuk k.ngah. saja je nak jahit untuk k.ngah. tak tahulah k.ngah selesa atau tak dengan jahitan saya.harapnya ok la.hehehe..semalam dah pos baju tu ke perlis. tak sabar pula nak tunggu respon k.ngah.

Tapi dalam pada gembira siapkan baju k.ngah, sedih juga sebab tak dapat siapkan baju k.chik.kalau boleh k.chik nak pakai baju tu khamis ni. tu baju office dia, tapi malangnya saya tak dapat siapkan atas sebab-sabab tertentu. baju kurungnya dah siap.cuma kainnya pula ada masalah. erm...takpelah, apa-apapun, saya kena teruskan menjahit juga.baju akak dan k.chik ada lagi yang perlu dijahit. harap-harap sempat la siapkan. saya pun tak sabar nak jahit baju konvo saya. tapi tu la, kainnya pun tak beli lagi.huhuhu.tak kisah la, kalau ada rezeki bolehla saya pakai baju baru masa konvo nanti. kalau takde pun takpe.yang penting dapat scroll.betul tak?

Monday, June 28, 2010

belajar dan terus belajar...berubah dan terus berubah...

sukar digambar lukisan hati ini
pahit ditelan rasa jiwa
pilu yang sering meruntun sanubari....

sukar meluah apa yang terpendam
payahnya ditulis apa yang terbuku
pilu yang sering meruntun diri.....

aku punya keinginan untuk sentiasa menjadi yang terbaik, untuk sentiasa membaiki diri...
tapi sesungguhnya aku hanya manusia biasa, tak mampu puaskan hati semua orang...
hakikatnya diri ini masih banyak kekurangan, masih banyak perlu belajar...
hakikatnya diri ini tak sempurna, tak bisa gembirakan semua orang, tak bisa menunjukkan keceriaan jika hati penuh sebu....maafkanku...maafkanku...aku masih perlu banyak belajar, masih perlu membaiki diri...

Saturday, June 26, 2010

1st time pergi pasar malam taman gelora




anak-anak akak bermandi psair pantai


Assalamualaikum...

Walaupun saya orang kuantan dan dah lama menetap di kuantan, tapi jagan terkejut kalu saya katakan inilah kali pertama saya menjengah ke pasar malam taman gelora.hehehe...sedih betul. Maklum lah, saya memang jarang keluar rumah. tapi apa-apapun bersyukur sangat sekurang-kurangnya sekarang saya dah pernah pergi. Menariknya pasar malam taman gelora ni ialah kita boleh makan-makan tepi kolam atau tepi laut selepas membeli juadah di pasar malam tersebut. Inilah yang membuatkan pasar malam taman gelora ni 'special' atau menarik untuk dikunjungi. Lokasinya yang tak jauh dari bandar memudahkan orang rami berkunjung ke situ. Bagi saya ia amat sesuai dikunjungi mereka yang berkeluarga kerana selepas membeli di pasar malam tersebut, kita boleh berkelah di tepi kolam yang dipenuhi bunga teratai yang memang terlalu dekat dengan pasar malam tu. hanya seberang jalan. saya dapat melihat situasi yang amat menarik kerana keluarga-keluarga yang kelihatan sungguh akrab menjamu di tepi kolam. pemandangan yang cukup menenangkan.






Mulanya akak nak bawa anak-anaknya ke taman teruntum. tetapi memandangkan hari sudah petang, kami sekadar singgah di pasar malam beli keropok lekor, mini murtabak, ayam goreng dan menjamu selera di tepi pantai. sungguh nyaman...apa lagi, budak berdua tu seronoklah bermandi pasir pantai:)
Kredit untuk cik lan dan k.chik yang sudi bawa akak dan anak-anak serta saya berjalan-jalan petang tu:)


Monday, June 21, 2010

sepetang bersama mereka:)

ni la kuih tradisi pekan. boleh tahan gak :)
k.ngah dan kuih tradisi pekan

makan-makan

romantisnya pengatin baru...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...petang itu kami berkumpul 11 beradik. Bukan senang nak berkumpul macam ni. Sorang kat utara, sorang kat barat, masing-masing ada kerjaya sendiri. Jadi bila dah semua ada, rasa seronok sangat boleh makan sama-sama. Walaupun sebenarenya tak cukup lagi, Andoc, yang masih di seberang laut di negara kangaroo, masik berperang menuntut ilmu. Semoga andoc berjaya menjadi ahli bioteknologi, amin...tapi rasa bersyukur sangat, sekurang-kurangnya yang lain boleh berkumpul lagi sama-sama di rumah ni. Alhamdulillah, keluarga kami bertambah lagi 2 orang ahli, cik lan dan mak anjang (k.iema) memeriahkan lagi suasana. Petang itu, dah kebetulan semua ada, kami makan-makan petang bersama. Jagung rebus kami beli semasa 'on the way' balik dari pejabat pusaka. Jadi, petang tu kami menjamu jagung rebus. Anjang pula beli KFC. Dan k.ngah bawa kuih tradisional pekan yang neneknya buat.erm...memang kenyang juga la petang tu. Tapi apa yang 'mengenyangkan' lagi ialah sebab boleh berkupul ramai-ramai macam ni. seronok sangat. Walaupun ayah dah takde, diharapkan kami adik-beradik masih teguh dan bertambah kukuh ikatannya...apa-apapun bersyukur sangat, sekurang-kurangnya kami masih ada mak sebagai tempat rujukan dan bermanja.









Sunday, June 20, 2010

~pernah aku menangis kerananya~

pernah aku menangis kerananya

pernah hati ini remuk

mengingati hakikatnya

aku tergamam

hati pedih

waktu umpama terhenti

turut kaget bersamaku

langkah kaki

paling berat pernah ku lalui

tak mampu lagi

ku ulangi memori

andai bisa ku koyak

bab itu dari

novelku

andai bisa.....

tapi inilah tarbiahNya

kerap mengingatkan

kita milikNya

ajal maut ditanganNya

aku sayang dia

tapi Dia lebih sayangkannya.....

Tuesday, June 15, 2010

walimatul urus

anjang & pasangan

posing sebelum jumpa pengantin lelaki

posing maut =)
k.chik & pasangan

SELAMAT PENGANTIN BARU K.CHIK & ANJANG
SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU
SELAMAT BERCINTA HINGGA KE SYURGA

Friday, June 4, 2010

Yang tak disangka

Assalamualaikum....
Dah lama juga tak mencoretkan sesuatu di sini setelah tamat peperiksaan akhir semester. Alhamdulillah...impian hampir tercapai, insyaAllah....
Jadi, hampir sebulan atau boleh dikatakan sebulan lah duduk di rumah. tak buat apa-apa pun, sekadar membantu apa yang patut. Tapi agak sibuk juga lah memandangkan k.chik dan anjang dah nak kahwin 12 jun ni...agak malas nak menjahit.tapi terpaksa lah siapkan juga sebab kami adik-beradik dan mak nak pakai baju sama nanti. tak sabar juga nak menanti hari bahagia mereka:) Alhamdulillah, k.chik dan anjang dipertemukan masing-masing dengan jodoh yang baik InsyaAllah...Semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga..Amin...
Jadi, tengah gembira menanti hari bahagia mereka, tiba-tiba dapat berita kena pergi kursus KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia). JADI????
Berkecai impian nak tengok k.chik naik pelamin.erm....sangat sangat sangat sedih...memang bergenang air mata dah ni....Mulanya ingat tak nak pergi kursus ni. Ditambah pula keadaan mak yang tak berapa nak sihat sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan, memang hati ni terlalu berat nak pergi. Tapi, lepas bertanya sana sini, akhirnya kena akur...pergi jugakla....dengan mata yang bergenang air mata yang ditahan-tahan dan akhirnya banjir jugak bila naik bas masa nak ke kl tu...nasib baik takde orang kat sebelah.huhuhu...
Bagi saya majlis ni memang penting sebab k.chik dan anjang naik pelamin sekali. Yang paling membahagiakan sebab nak tengok k.chik gembira. Sebab tu saya memang tak nak ketinggalan. Tapi nak buat macam mana....mungkin kali ni rezeki tak menyebelahi saya...redha je la..
Walau macam mana pun saya tetap bersyukur sebab akhirnya saya dapat tahu dari Fifi kitaorang boleh minta curi sehari. Jadi, saya pun tak lepaskan peluang yang ada...
Alhamdulillah...sekurang-kurangnya boleh balik 'time' kenduri kat rumah dan tengok k.chik naik pelamin, InsyaAllah....
Seronok juga sebab nanti ada kawan nak balik Kuantan.hehehe...Fifi pun senasib ngan saya. Kredit untuk Fifi sebab dia yang bagi tau pasal boleh mintak cuti tu.
Apa-apa pun saya mendoakan yang terbaik untuk semua....amin...:)