Monday, June 21, 2010

sepetang bersama mereka:)

ni la kuih tradisi pekan. boleh tahan gak :)
k.ngah dan kuih tradisi pekan

makan-makan

romantisnya pengatin baru...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...petang itu kami berkumpul 11 beradik. Bukan senang nak berkumpul macam ni. Sorang kat utara, sorang kat barat, masing-masing ada kerjaya sendiri. Jadi bila dah semua ada, rasa seronok sangat boleh makan sama-sama. Walaupun sebenarenya tak cukup lagi, Andoc, yang masih di seberang laut di negara kangaroo, masik berperang menuntut ilmu. Semoga andoc berjaya menjadi ahli bioteknologi, amin...tapi rasa bersyukur sangat, sekurang-kurangnya yang lain boleh berkumpul lagi sama-sama di rumah ni. Alhamdulillah, keluarga kami bertambah lagi 2 orang ahli, cik lan dan mak anjang (k.iema) memeriahkan lagi suasana. Petang itu, dah kebetulan semua ada, kami makan-makan petang bersama. Jagung rebus kami beli semasa 'on the way' balik dari pejabat pusaka. Jadi, petang tu kami menjamu jagung rebus. Anjang pula beli KFC. Dan k.ngah bawa kuih tradisional pekan yang neneknya buat.erm...memang kenyang juga la petang tu. Tapi apa yang 'mengenyangkan' lagi ialah sebab boleh berkupul ramai-ramai macam ni. seronok sangat. Walaupun ayah dah takde, diharapkan kami adik-beradik masih teguh dan bertambah kukuh ikatannya...apa-apapun bersyukur sangat, sekurang-kurangnya kami masih ada mak sebagai tempat rujukan dan bermanja.









No comments:

Post a Comment