anak-anak akak bermandi psair pantai
Assalamualaikum...
Walaupun saya orang kuantan dan dah lama menetap di kuantan, tapi jagan terkejut kalu saya katakan inilah kali pertama saya menjengah ke pasar malam taman gelora.hehehe...sedih betul. Maklum lah, saya memang jarang keluar rumah. tapi apa-apapun bersyukur sangat sekurang-kurangnya sekarang saya dah pernah pergi. Menariknya pasar malam taman gelora ni ialah kita boleh makan-makan tepi kolam atau tepi laut selepas membeli juadah di pasar malam tersebut. Inilah yang membuatkan pasar malam taman gelora ni 'special' atau menarik untuk dikunjungi. Lokasinya yang tak jauh dari bandar memudahkan orang rami berkunjung ke situ. Bagi saya ia amat sesuai dikunjungi mereka yang berkeluarga kerana selepas membeli di pasar malam tersebut, kita boleh berkelah di tepi kolam yang dipenuhi bunga teratai yang memang terlalu dekat dengan pasar malam tu. hanya seberang jalan. saya dapat melihat situasi yang amat menarik kerana keluarga-keluarga yang kelihatan sungguh akrab menjamu di tepi kolam. pemandangan yang cukup menenangkan.
Mulanya akak nak bawa anak-anaknya ke taman teruntum. tetapi memandangkan hari sudah petang, kami sekadar singgah di pasar malam beli keropok lekor, mini murtabak, ayam goreng dan menjamu selera di tepi pantai. sungguh nyaman...apa lagi, budak berdua tu seronoklah bermandi pasir pantai:)
Kredit untuk cik lan dan k.chik yang sudi bawa akak dan anak-anak serta saya berjalan-jalan petang tu:)
No comments:
Post a Comment