Thursday, April 22, 2010

Bila Allah menjemput kita....

Assalamualaikum...
Hari ini saya dikejutkan dengan berita salah seorong sahabat, Nuradila Yahya yang baru sahaja kehilangan ibunda tercinta. Tumpang bersedih dan memang amat terasa kesedihan yang dialami memandangkan saya juga mengalami perkara yang sama, pada bulan ni tahun lepas,25/4/09 dimana ayahanda tercinta juga dijemputNya....Begitu besar ujian buat Dila. Semoga dia tabah. Semoga kita yang hidup juga mengambil iktibar. Sedar bahawa ajal sudah hampir dengan kita walaupun masih muda dan sihat. Kerana sesungguhnya sekarang ini dimana-mana dapat dilihat kematian yang tidak disangka. Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Sememangnya berita perginya ibu dila turut terkesan di hati saya. Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, bulan ini memang 'bulan sedih' untuk saya. Bukan nak bersifat mengada-ngada atau tak redha dengan ketentuan Nya, tetapi saya tak boleh elak apabila semua yang berlaku april tahun lepas seolah terngiang-ngiang di depan mata. Sesungguhnya, ujian kehilangan insan tercinta yang tiada gantinya adalah ujian yang berat. Tapi sebagai umat Islam, memang bertuah kerana masih ada tempat menumpahkan keresahan dan kesedihan bila-bila masa, dimana-mana sahaja...Allah S.W.T. Yang Maha Penyayang, Maha Mendengar, Maha Tahu...

Akhir kalam...takziah buat Adila sekeluarga, semoga tabah dan semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh ibunda tercinta...Al-Fatihah...

Sunday, April 18, 2010

pernahkah saya bersyukur???

pernahkah kita menghargainya?.. nikmat yang tidak terhingga besar yang pernah Allah kurniakan kepada seseorang itu apabila dia dilahirkan sebagai Islam, nikmat ini wajib disyukuri kerana tidak mampu dibayangkan jika dilahirkan atas agama lain.. pernahkah?

Assalamualaikum....
tengah membelek-belek facebook tadi, terkesima sebentar dengan status iluvislam.com .
terkesima dan rasa macam terhantuk dengan kuat. Betapa diri ini begitu jahil dan tamak tanpa mensyukuri nikmat yang tak ternilai harganya, iaitu dilahirkan dalam Islam.
Selama ini, terlalu risau dan bersedih bila tak dapat apa yang dinginkan seperti keputusan yang cemerlang, makanan yang sedap-sedap dan sebagainya...
Tetapi sebenarnya bak kata Ust Hasrizal, kita dapat apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana...Dia tahu apa yang terbaik untuk kita....
Tetapi mengapa diri ini tidak pernah bersyukur dengan apa yang kite perlukan sangat yang telah Allah berikan tetapi sering menangisi apa yang kita mahu yang Allah tak bagi?
Sesungguhnya nikmat dilahirkan dalam Islam adalah nikmat terbesar yang semua orang Islam kecapi sejak dari kandungan ibunya.
Sungguh...saya tak boleh bayangkan jika tidak dilahirkan didalam Islam.Memang, dilahirkan sebagai Islam bukan bermakna kita akan Islam secara sempurnanya...Ramai yang lahir sebagai Islam tetapi tiada sifat Islaminya dalam kehidupan seharian. Tetapi, bagi mereka yang berfikiran, dilahirkan sebagai Islam adalah satu platform yang cukup sempurna untuk melayari kehidupan seterusnya dalam fikrah dan lumrah Islam melalui jalan yang terbentang luas.
Tapi ini juga tidak bermakna mereka yang tidak dilahirkan sebagai Islam tidak akan menemui jalan menuju Islam.Sesungguhnya Allah Maha Adil. Semua insan ada bahagian masing-masing. Cuma ingin diingatkan betapa bertuahnya mereka yang lahir sebagai Islam, keluar dari rahim seorang wanita Islam, mempunyai mak ayah Islam, keluarga Islam. Cuma berbezanya bagaimana kita menghargai nikmat Islam itu. Samada terus mengamalkan ajaran Islam as a way of life atau mengambil kesempatan hanya sleeping partner dalam Islam.
Jadi sekarang, terpulanglah pada diri masing-masing untuk menilai nikmat-nikmat yang Allah berikan...bukan setakat dilahirkan dalam Islam, tetapi Allah bagi pakej lengkap, keluarga Islam, negara Islam, jalan ilmu yang bersimpang siur, bijak pandai yang ramai...semuanya terpulang pada kita untuk menghargai nikmat-nikmat Allah itu.

'sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya...'

sekadar coretan memuhasabah diri...

ikhlas dengan balasan atau ikhlas tanpa balasan....sejauh mana pencapaian diri???


“... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’d, 13: 28)


Assalamualaikum....

Terus terang...bulan ini merupakan bulan yang sungguh tidak menenangkan buat saya...sebahagian orang ada mengatakan 'masa boleh menyembuhkan'...tetapi, sebagai insan hina, seorang manusia yang lemah...memang terlalu sukar menerima kehilangan ayah tercinta....bukan tidak redha dengan ketentuan Ilahi, tetapi, apa yang berlaku tahun lepas pada pagi 25April...seolah-olah terngiang-ngiang kembali....walaupun belum 25 April lagi...tetapi April2009 menyaksikan penderitaan arwah ayah saya berhadapan dengan kesakitannya sehingga dijempu Ilahi....
Sungguh, amat sukar menempuhnya...membuatkan hati saya tak keruan dan cuba untuk melakukan banyak perkara seboleh mungkin untuk tidak mengingati peristiwa itu...
Alhamdulillah...berkat berkawan dengan mereka yang selalu mendekatkan diri denganNya membuatkan saya turut terkena tempiasnya...Sejak mengenali blog-blog dakwah dari pendakwah-pendakwah tanahair, saya senang membacanya untuk menguatkan lagi hati yang suka goyah ini....sekurang-kurangnya menjadi penawar bagi hati ini memandangkan saya tidak mengambil apa-apa kelas agama formal. Jika ada kelas agama, sekurang-kurangnya ada input yang menyejukkan hati dan menerangkan hati. Tapi, Alhamdulillah, kecanggihan teknologi yang digunapakai sebaiknya oleh bijak pandai membuatkan penerokaan ilmu tidak pernah terbatas...
Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini adalah mengenai kebaikan dan juga keihklasan.

Semalam, saya melawat blog Ust Pahrol dan membaca entri beliau yang bertajuk 'orang ikhlas tertindas' http://genta-rasa.com/2010/04/09/orang-ikhlas-tertindas/
tajuk yang sudah mampu menarik minat saya membacanya....
Kisah orang yang ikhlas melakukan kebaikan tetapi tidak dihargai. Tanpa disedari sebenarnya Allah S.W.T. membalas keihklasanya melalui cara yang tidak disangka-sangka. bahkan lebih baik dari apa yang diharapkan...
Entri ini mengingatkan saya pada maklumat yang dikongsi didalam usrah semasa di maktab perguruan ilmu khas....Salah seorang sahabat berkongsi cerita tentang seorang doktor yang berjaya....

Pada suatu hari, seorang pesakit ingin mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Lelaki ini terlalu sakit dan minta dirawat awal. Tetapi jururawat disitu tidak membenarkan. Melihatkan keadaan itu, seorang dokotor telah datang dan membenarkan lelaki itu untuk dirawat dahulu.
Petangnya, doktor itu mendapat panggilan dari ibunya. Ibunya menceritakan kejadian yang menimpa dirinya pada hari itu dimana sewaktu ibunya ingin melintas jalan yang sesak, seorang pemuda datang dan membantunya. Setelah mendengar kisah ibunya, doktor itu terus bersyukur didalam hati bahawa inilah berkat dari Allah kerana berbuat baik kepada orang lain dan ibunya mendapat tempias kebaikan anaknya.

Cerita ini sebenarnya menjelaskan bahawa apabila kita melakukan kebaikan, buatlah dengan ikhlas kerana Allah, bukan untuk mendapat balasan, pujian atau terima kasih. Jangan sesekali mengharapkan balasan dari apa yang kita lakukan kerana sesungguhnya hati yang ikhlas melakukan kebaikan sudah pasti mendapat balasan yang baik dari Allah. Paling penting, harus diingat, apabila melakukan kebaikan kepada seseorang, sebenarnya bukan balasan dari orang yang sama yang perlu kita harapkan. Allah sudah pasti akan mendatangkan kebaikan melalui jalan yang kita tidak sangka. Mungkin juga balasan kebaikan kita diterima orang-orang yang kita sayang...

Untuk penjelasan yang lebih padat dan menarik, bolehlah membaca entri Ust Pahrol

Sekadar coretan peringatan diri sendiri....:)


Saturday, April 17, 2010

the beauty of a woman....


Assalamualaikum...

Rasanya dah agak lama tak berceloteh di blog ni...mungkin akhir-akhir ni agak sibuk. Selepas buat sedikit notes untuk exam ICT next week, terasa cam malas sekejap nak tengok buku. padahal baru baca sedikit je.hehe...jadi, untuk mengisi masa, saya pun belek-belek la facebook. memandangkan hati pun semacam tidak begitu tenang, saya pun terus click kat page 'i'm not alone, Allah is always there with me". dan fan page ni membawa saya melawat satu lama blog dengan entri kenapa perempuan suka menangis tanpa sebab. erm...saya pun tefikir jugak sebab saya pun perempuan. Memang betul. Mudah sanagt air mata ni menitis. Kadang-kadang, tak ada sebab pun, mesti menangis. Dan kadan-kadang, gembira pun boleh membuatkan perempuan menangis. Tapi sebenarnya, ada keistimewaan perempuan yang Allah bagi hanya untuk perempuan yang membolehkan perempuan terlalu mudah menitiskan air mata. Jom baca entri ni sepenuhnya...

A little boy asked his mother, “Why are you crying?”
“Because I need to” she said.
“I don’t understand,” he said.
His mother just hugged him and said, “And you never will.”
Later the little boy asked his father, “Why does mother seem to cry for no reason?”
“All women cry for no reason,” his dad answered carelessly.
The little boy, still wondering why women cry, finally asked the old wise shaikh (scholar). “He surely knows the answer”, he thought.
“Ya Shaikh! Why do women cry so easily?”
The Shaikh answered:
“When Allah made the woman she had to be special. He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort.
He gave an inner strength to endure both childbirth and the rejection that many times comes from her children.
He gave her a toughness that allows her to keep going when everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining.
He gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child hurts her badly.
He gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart. He gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly.
And lastly, He gave her a tear. This is hers and only hers exclusively to use whenever she needs it. She needs no reason, no explanation, its hers.
You see my son, the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the beauty of her face, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart – the place where love resides.”


Sepanjang membaca entri ni, dalam minda saya hanya tergambar seorang sahaja...mak saya...bagi saya, mak saya adalah antara wanita tertabah. tak pernah pun saya tengok atau dengar die mengeluh bosan atau letik menjaga seorang suami dan 12 orang anak. bayangkan?13 orang untuk dijaga dan diurusi pada masa yang sama. begitu besar pengorbanan seorang ibu...
bila terkenang pengorbanan mak saya, saya suka memuhasabah diri, bolehkah nanti saya menjaga anak saya walau seorang? bolehkah saya bersabar dengan kerenah suami dan anak-anak????
Semoga masa yang saya ada ni sebelum berumah tangga, saya gunakan sebaiknya untuk mendidik diri dan jiwa menjadi paling tidak setabah ibu saya jika tidak mampu setabah isteri kesayangan Rasulullah s.a.w. Siti Khadijah r.a.

Tuesday, April 13, 2010

bila hati rindu...

sayangnya tiada bayaran...
kasihnya bukan untuk balasan....
pengorbanannya penuh keikhlasan...
tanggungjawabnya
pada amanah Yang Esa....
tak perlu emas permata
bahkan tidak untuk ringgit dan dolar....
hanya mengharap hidupmu bahagia...
hidupnya kan tenang jua
disana....
bila menghadap Dia
doamu yang didamba....
sebagai sedikit pertolongan...
kerana ia bisa membantunya....


(is badly missing him...semoga Allah merahmatinya..amin..)

Tuesday, April 6, 2010

New Teachers by Best Teacher

NEW TEACHERS

No more for you the casual, carefree student life,
Earning a living your priority concern will be,
Where you'll be posted, you'll know soon enough,
Through teaching English, your career paths you'll carve.

Enough for now that you prepare yourself,
Acquiring skills both interpersonal and pedagogical,
Cherish the memories of six eventful years together,
Help, support and encourage each other by keeping in touch.

Enjoy your short break before reporting for duty. After that
Reality, life after graduation beckons. Go forth then,
Strive to be life long learners and to love what you do

Anthony Gomez 050410

Days passing by so quick that I never realize it is already the end of the semester...In fact, it is going to be the end of the 6 years-degree course...Alhamdulillah....
But, somehow, it make me sad and hard to leave this life. surely, Iam going to miss this life...it is coloured variously with so many good and bad memories. yet, me and all the other 74 friends managed to face them together...this friendship among us is very meaningful....really love them...
And this poem actually dedicated to us, the cohort3 TESL IPIK-UM by one of our lecturer, Mr. Gomez. What to say about him? I just can say, he is THE BEST TEACHER. I can feel the sincerity and honesty of him in teaching us. he is so patient with us despite of our various attitude. he managed to carry out activities that make all of us so reluctant to miss his class. we always wonder and waiting what he is going to do during the lesson. He is so good, creative, hardworking, determine and committed. dont you think the poem is good? it is so touching and I will remember by a very good teacher...
thank you MR GOMEZ...

Sunday, April 4, 2010

sabar

Ya Allah...berikan aku kesabaran...aku hanya ingin redhaMu...tak ingin ku gembirakan hati ini dengan menyakiti hati rakan-rakanku...tapi aku terlalu lemah Ya Ilahi....selalu aku alpa sakiti hati mereka tanpa aku sedari...betapa hinanya aku Ya Allah...berilah aku kekuatan...sabarkan aku...kurniakan aku hati yang keras umpama batu agar mudah ku tempuh duri kehidupan, agar ku tabah dan kuat...tapi kurniakan aku hati yang subur lembut dalam menerima ayatMu...Ya Rabb...ampuni aku...sabarkan aku...

Friday, April 2, 2010

sibur-sibur


ku ingin terbang bagai sibur-sibur
walau takkan tinggi umpama lelayang di awan
walau takkan gah dibandingkan helang di langit
tapi cukup untuk menikmati indah bunga di taman
masih mampu menyaksikan indah warna sang pelangi
ceria bersama sinar sang suria
dapat juga menemani mentari menyinsing....



azwardah;020410;0101