Assalamualaikum...
Hari ini saya dikejutkan dengan berita salah seorong sahabat, Nuradila Yahya yang baru sahaja kehilangan ibunda tercinta. Tumpang bersedih dan memang amat terasa kesedihan yang dialami memandangkan saya juga mengalami perkara yang sama, pada bulan ni tahun lepas,25/4/09 dimana ayahanda tercinta juga dijemputNya....Begitu besar ujian buat Dila. Semoga dia tabah. Semoga kita yang hidup juga mengambil iktibar. Sedar bahawa ajal sudah hampir dengan kita walaupun masih muda dan sihat. Kerana sesungguhnya sekarang ini dimana-mana dapat dilihat kematian yang tidak disangka. Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Sememangnya berita perginya ibu dila turut terkesan di hati saya. Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, bulan ini memang 'bulan sedih' untuk saya. Bukan nak bersifat mengada-ngada atau tak redha dengan ketentuan Nya, tetapi saya tak boleh elak apabila semua yang berlaku april tahun lepas seolah terngiang-ngiang di depan mata. Sesungguhnya, ujian kehilangan insan tercinta yang tiada gantinya adalah ujian yang berat. Tapi sebagai umat Islam, memang bertuah kerana masih ada tempat menumpahkan keresahan dan kesedihan bila-bila masa, dimana-mana sahaja...Allah S.W.T. Yang Maha Penyayang, Maha Mendengar, Maha Tahu...
Akhir kalam...takziah buat Adila sekeluarga, semoga tabah dan semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh ibunda tercinta...Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment