Assalamualaikum....
tengah membelek-belek facebook tadi, terkesima sebentar dengan status iluvislam.com .
terkesima dan rasa macam terhantuk dengan kuat. Betapa diri ini begitu jahil dan tamak tanpa mensyukuri nikmat yang tak ternilai harganya, iaitu dilahirkan dalam Islam.
Selama ini, terlalu risau dan bersedih bila tak dapat apa yang dinginkan seperti keputusan yang cemerlang, makanan yang sedap-sedap dan sebagainya...
Tetapi sebenarnya bak kata Ust Hasrizal, kita dapat apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana...Dia tahu apa yang terbaik untuk kita....
Tetapi mengapa diri ini tidak pernah bersyukur dengan apa yang kite perlukan sangat yang telah Allah berikan tetapi sering menangisi apa yang kita mahu yang Allah tak bagi?
Sesungguhnya nikmat dilahirkan dalam Islam adalah nikmat terbesar yang semua orang Islam kecapi sejak dari kandungan ibunya.
Sungguh...saya tak boleh bayangkan jika tidak dilahirkan didalam Islam.Memang, dilahirkan sebagai Islam bukan bermakna kita akan Islam secara sempurnanya...Ramai yang lahir sebagai Islam tetapi tiada sifat Islaminya dalam kehidupan seharian. Tetapi, bagi mereka yang berfikiran, dilahirkan sebagai Islam adalah satu platform yang cukup sempurna untuk melayari kehidupan seterusnya dalam fikrah dan lumrah Islam melalui jalan yang terbentang luas.
Tapi ini juga tidak bermakna mereka yang tidak dilahirkan sebagai Islam tidak akan menemui jalan menuju Islam.Sesungguhnya Allah Maha Adil. Semua insan ada bahagian masing-masing. Cuma ingin diingatkan betapa bertuahnya mereka yang lahir sebagai Islam, keluar dari rahim seorang wanita Islam, mempunyai mak ayah Islam, keluarga Islam. Cuma berbezanya bagaimana kita menghargai nikmat Islam itu. Samada terus mengamalkan ajaran Islam as a way of life atau mengambil kesempatan hanya sleeping partner dalam Islam.
Jadi sekarang, terpulanglah pada diri masing-masing untuk menilai nikmat-nikmat yang Allah berikan...bukan setakat dilahirkan dalam Islam, tetapi Allah bagi pakej lengkap, keluarga Islam, negara Islam, jalan ilmu yang bersimpang siur, bijak pandai yang ramai...semuanya terpulang pada kita untuk menghargai nikmat-nikmat Allah itu.
'sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya...'
sekadar coretan memuhasabah diri...
No comments:
Post a Comment