“... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’d, 13: 28)
Terus terang...bulan ini merupakan bulan yang sungguh tidak menenangkan buat saya...sebahagian orang ada mengatakan 'masa boleh menyembuhkan'...tetapi, sebagai insan hina, seorang manusia yang lemah...memang terlalu sukar menerima kehilangan ayah tercinta....bukan tidak redha dengan ketentuan Ilahi, tetapi, apa yang berlaku tahun lepas pada pagi 25April...seolah-olah terngiang-ngiang kembali....walaupun belum 25 April lagi...tetapi April2009 menyaksikan penderitaan arwah ayah saya berhadapan dengan kesakitannya sehingga dijempu Ilahi....
Sungguh, amat sukar menempuhnya...membuatkan hati saya tak keruan dan cuba untuk melakukan banyak perkara seboleh mungkin untuk tidak mengingati peristiwa itu...
Alhamdulillah...berkat berkawan dengan mereka yang selalu mendekatkan diri denganNya membuatkan saya turut terkena tempiasnya...Sejak mengenali blog-blog dakwah dari pendakwah-pendakwah tanahair, saya senang membacanya untuk menguatkan lagi hati yang suka goyah ini....sekurang-kurangnya menjadi penawar bagi hati ini memandangkan saya tidak mengambil apa-apa kelas agama formal. Jika ada kelas agama, sekurang-kurangnya ada input yang menyejukkan hati dan menerangkan hati. Tapi, Alhamdulillah, kecanggihan teknologi yang digunapakai sebaiknya oleh bijak pandai membuatkan penerokaan ilmu tidak pernah terbatas...
Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini adalah mengenai kebaikan dan juga keihklasan.
Semalam, saya melawat blog Ust Pahrol dan membaca entri beliau yang bertajuk 'orang ikhlas tertindas' http://genta-rasa.com/2010/04/09/orang-ikhlas-tertindas/
tajuk yang sudah mampu menarik minat saya membacanya....
Kisah orang yang ikhlas melakukan kebaikan tetapi tidak dihargai. Tanpa disedari sebenarnya Allah S.W.T. membalas keihklasanya melalui cara yang tidak disangka-sangka. bahkan lebih baik dari apa yang diharapkan...
Entri ini mengingatkan saya pada maklumat yang dikongsi didalam usrah semasa di maktab perguruan ilmu khas....Salah seorang sahabat berkongsi cerita tentang seorang doktor yang berjaya....
Pada suatu hari, seorang pesakit ingin mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Lelaki ini terlalu sakit dan minta dirawat awal. Tetapi jururawat disitu tidak membenarkan. Melihatkan keadaan itu, seorang dokotor telah datang dan membenarkan lelaki itu untuk dirawat dahulu.
Petangnya, doktor itu mendapat panggilan dari ibunya. Ibunya menceritakan kejadian yang menimpa dirinya pada hari itu dimana sewaktu ibunya ingin melintas jalan yang sesak, seorang pemuda datang dan membantunya. Setelah mendengar kisah ibunya, doktor itu terus bersyukur didalam hati bahawa inilah berkat dari Allah kerana berbuat baik kepada orang lain dan ibunya mendapat tempias kebaikan anaknya.
Cerita ini sebenarnya menjelaskan bahawa apabila kita melakukan kebaikan, buatlah dengan ikhlas kerana Allah, bukan untuk mendapat balasan, pujian atau terima kasih. Jangan sesekali mengharapkan balasan dari apa yang kita lakukan kerana sesungguhnya hati yang ikhlas melakukan kebaikan sudah pasti mendapat balasan yang baik dari Allah. Paling penting, harus diingat, apabila melakukan kebaikan kepada seseorang, sebenarnya bukan balasan dari orang yang sama yang perlu kita harapkan. Allah sudah pasti akan mendatangkan kebaikan melalui jalan yang kita tidak sangka. Mungkin juga balasan kebaikan kita diterima orang-orang yang kita sayang...
Untuk penjelasan yang lebih padat dan menarik, bolehlah membaca entri Ust Pahrol
Sekadar coretan peringatan diri sendiri....:)
No comments:
Post a Comment