Thursday, December 16, 2010

cuti-cuti Malaysia

13 hingga 15 desember 2010-----ke Kuala Terengganu bersama bonda dan adik-adik

sempat melawat Taman Tamadun Islam menyaksikan masjid-masjid yang tersergam indah di seluruh dunia lambang tamadun Islam telah berkembang ke seluruh benua...




andok, mak n alang di Masjid Kristal, Kuala Terengganu


Masjid Mohammed Ali, Egypt.
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Alabaster yang dibina oleh Mohammed Ali pd zmn pemerintahannya dan dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.

Bergambar di hadapan monumen Aleppo Citadel, Syria. merupakan salah satu bukti kecanggihan teknologi umat Islam pada abad 10SM.


My mom...in front monument of Nabawi Mosque, Madinah....
hope can bring her there one day...



Masjid Kul Sharif, Kazan, Russia

menara Kalyan, Uzbekistan


Masjid Xian, China

Merakam kenangan cinta di depan monumen Taj Mahal, Agra, India

All of us...in front of the monument of Pattani Central Mosque, Thailand

Tersergam indah.....Masjid Terapung, Terengganu

Potret kenangan bersama adik-adikku


Saturday, November 13, 2010

Aku tanpa cintaMu bagai layang-layang terputus tali


sendiri aku di tanah ini

langkah longlai

mencari Cinta abadi

bilakah kan kutemui

menapak mencuba

tak henti mendamba

secebis kasihNya

menemani jiwa

tak perlu diragu

kasihNya selalu bertamu

tapi diri sering menipu

rasa kasih tak pernah lalu

lemahnya aku hanya insan

payah ucapkan

secebis syukur luahan penghargaan

biar nikmat seluas lautan

Oh Tuhan ku

berdosanya aku

melupakan cintaMu

tak sedar nikmatMu

alpa dengan pinjamanMu

sedang yang kekal tetap cinta Mu

Oh Tuhanku

Oh Tuhanku

ratapanku mendamba kembali

kasih yang pernah ku ketepi

tak sanggup lagi menjauhi

aku tanpa cintaMu bagai layang-layang terputus tali...






Friday, November 12, 2010

surat cinta rm300

Hari ini seperti biasa, seperti minggu-minggu lepas, tamat je waktu persekolahan saya terus balik ke kuantan. Tiba je di rumah, de 2 surat menanti. 1 ialah kad jemputan perkahwinan kawan saya, Nona. Tapi yang 1 lagi agak pelik.erm...entah surat cinta dari siapa pulak. Agak formal. Macam penting. Siapa yang bagi ye?

Curious jugak. Tiba-tiba dapat surat cinta....

Tak terlintas di fikiran...

Bila bukak surat tu tak rasa apa-apa...tak berdebar pun..

Tapi tetap curious...dari siapa?

Bila dah buka...dan dah baca...tak sangka...

Saya dapat surat cinta saman had laju RM300.00!!

Frust gak...sebab fenin jugak memikir nak korek mana duit 300 tu.banyak tu!!! Gaji tak dapat gi.mana nak cari duit ni???

Tapi nak wat camna. Salah diri sendiri. Langgar peraturan. Serves me right.huhuhu...memang tak sangka. Petang 25 Oktober ri tu, time on the way balik keratong saya tak sedar drive lebih had laju. Ye la.time tu rush nak kejar tengok citer Chinta la kononnyer. Tak pasal melayang rm300.00.

Apapun, sekurang-kurangnya, ‘surat cinta’ saya dapat hari ni mengingatkan saya next time jangan drive laju-laju. Huhuhu...sedihnya...

Wednesday, November 10, 2010

kssr dunia seni visual tahun1 2011

9 dan 10 November lalu, saya menghadiri kursus kssr dunia seni visual. Kalu sebelum ini, kita didedahkan dengan subjek pendidikan seni visual, bermula tahun depan, 2011, murid-murid tahun 1 akan diperkenalkan dengan subjek dunia seni visual, bukan lagi pendidikan seni visual. Walaupun saya bukan major atau minor seni, peluang menghadiri kursus sebegini memberi saya kesempatan mencapahkan kemahiran dalam pengajaran. Seni merupakan satu subjek unik yang saya kira boleh saya terapkan didalam pengajaran subjek teras. Tambahan pula saya memang minat juga dengan elemen-elemen seni.

Serba sedikit mengenai input yang dapat saya perolehi tentang kursus ini. Secara ringkasnya, untuk penerapan kurikulum baru ini, murid-murid tahun 1 akan didedahkan dengan konsep-konsep penting seni. Contohnya, guru perlu menerangkan konsep dan jenis-jenis garisan seperti garis lintang, garis bujur, garis beralun dan sebagainya. Seingat saya, konsep-konsep ini hanya dipelajari semasa saya di tingkatan 1. Tapi tidak lagi bagi generasi tahun 1 2011 dimana mereka mula belajar kurikulum tingkatan 1 ketika mereka darjah 1. Elemen-elemen teknologi dan keusahawanan juga diterapkan di dalam kurikulum baru ini. Saya melihat positif elemen keusahawanan sebagai satu cara menilai karya murid. Kalau sebelumnya murid akan dinilai dengan ‘A’, ‘B’ atau ‘C’, tapi melalui elemen keusahawanan murid akan meletakkan nilai harga karya mereka. Contohnya, murid meletakkan harga pada lukisan mereka dengan harga RM10.00 dan bertanya pada kawan-kawan siapa yang sanggup membelinya. Di sini kita akan melihat subjek matematik diterapkan dan elemen keusahawanan jelas kelihatan. Secara tak langsung memotivasikan murid menghasilkan karya bermutu.

Selain diberi taklimat, kami juga diberi kumpulan untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran dunia seni visual. Hasilnya?Marvellous!!semua kumpulan tampil dengan idea kreatif masing-masing. Semua kumpulan dapat menyediakan rancangan pengajaran yang saya kira memang dapat menarik minat anak-anak kecil untuk belajar subjek ini.


Kumpulan saya telah menghasilkan rancangan pengajaran bertajuk kraf tradisonal:anyaman kelarai bertemakan buah-buahan.


dalam proses menyiapkan modul...


ni la ahli kumpulan kami:)






hasil kerja kami yang siap:)


ini antara karya kumpulan guru-guru yang mengikuti kursus ini:






kolaj

Secara keseluruhannya, kursus ini memberi saya satu lagi pengalaman baru terutama dapat dalam pengajaran pendidikan seni visual yang akan datang akan ditukar kepada dunia seni visual.



Tuesday, November 9, 2010

siapa paling kuat?

Sekadar perkongsian....


“Yang terkuat di antara kamu ialah orang-orang yang memiliki 3 sifat utama iaitu pertama, apabila sedang suka, rasa sukanya tak sampai menjerumuskan dirinya ke dalam dosa dan kebatilan, kedua, apabila sedang benci, rasa bencinya tak sampai mengheretnya keluar dari kebenaran dan ketiga apabila sedang berkuasa, tidaklah mahu mengambil sesuatu yang bukan haknya” –sabda Rasulullah s.a.w-

semoga saya dan kita semua dapat menghayati hadis ini dan cuba memperbaiki diri agar menjadi insan yang wasotiah dan istiqamah...InsyaAllah, amin....

tiba-tiba muncul pulak idea nak buat sajak ni...:)

modesty is the word

to describe it

wasotiah is also the word

that means it

good muslim

with modesty

encouraged to be that

but the question is

can we?

that’s the test my friend

the test

to test

our strength

towards being truly

Muslim...

250209:1919

Tuesday, October 26, 2010

Nak Awet Muda?



Tiba-tiba rasa nak cerita pasal kesihatan.hehehe...bukan apa. Saya ni selalu sangat malas nak minum air. Kesannya?erm...kulit jadi kering dan kusam. Paling teruk, masalah constipation. So, nak dijadikan cerita, timbul juga kesedaran dalam diri ni nak baiki habit yang kurang elok tu, makan banyak tapi minum air kurang. Ye la, teringin juga nak kulit cantik dan masuk tandas tiap-tiap pagi. Bila ada masalah constipation dan penghadaman, sisa toksik dalam badan tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Secara tak langsung memberi kesan kepada kesihatan kulit sebenarnya.

Ini membuatkan saya nak sangat cari penyelesaian untuk masalah yang disebutkan. Alhamdulillah di zaman yang serba canggih ni, maklumat dihujung jari sahaja. Saya pun terus la baca laman-laman dan blog-blog pasal kesihatan. Erm...memang banyakkkkkk sangat la maklumat yang saya jumpa. Tinggal buat atau tak.huhuhu. ini la masalah yang seterusnya. Petua tu banyak. Tapi mampu ke saya buat dan praktikkan secara konsisten?erm....

Nak tak nak, saya kena buat sesuatu untuk masalah saya ni. So, saya try la mana yang saya mampu dan saya rasa boleh konsisten dengan pelaksanaannya. Apa yang saya buat? Erm...yang paling simple.....

~ bangun tidur, raut wajah dari bawah ke atas sambil selawat 3x

~sebelum basuh muka, minum air kosong segelas

~setiap hari minum air kosong at least 8 gelas

Dari maklumat yang saya baca dari pelbagai laman web dan blog, saya dapat rumuskan yang diri ini perlu memulakan dengan sesuatu yang praktikal dan senang diamalkan. Sebab itulah setakat ini saya cuba konsisten dengan petua di atas sahaja. Kesannya?

Alhamdulillah....syukur sangat. Kesan yang saya dapat memang memberangsangkan. Yang paling ketara ialah bila saya amalkan minum air kosong sebelum basuh muka, masalah constipation semakin berkurang. Tiap-tiap pagi senang ke toilet. Satu perkembangan yang saya kira bagus la untuk diri saya. Bab kulit tu tak dapat nak komen sangat sebab saya tak pandai sangat nak tengok perubahan. Tapi yang boleh saya cakap, ada sekali tu saya pergi tempat orang wat facial. Saja-saja pergi ngan kak ngah. Then akak yang wat facial tu cakap kulit saya bukan jenis kulit kering tapi kulit normal. Sebelum ni memang ramai gak yang cakap kulit saya kering. Tapi bila dah akak yang expert bab kulit ni cakap kulit saya normal, rasa lega la sikit. Mungkin ada perubahan lepas saya amalkan banyak minum air kosong tu.

Tapi apa-apa pun, bagi saya yang paling penting ialah masalah constipation dah berkurang. Bila sisa toksik dapat dikeluarkan dengan sempurna harapnya kesihatan kulit dan kesihatan tubuh secara keseluruhannya terpelihara. Air kosong memang banyak manfaatnya untuk kesihatan kita. Bukan saja membantu penghadaman, tapi juga baik untuk merampingkan perut dan awet muda. Mak saya memang pernah berpesan orang perempuan tak elok minum air sejuk/ais. Sekarang barulah saya tau dan rasa sendiri banyaknya kebaikan mengamal minum air kosong ni.

Sunday, October 3, 2010

transisi kehidupan

Alhamdulillah....hari ni genap seminggu bergelar guru. Macam mana kehidupan seorang guru? Apa perasaan setelah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan? Erm...perasaan yang bercampur baur. Gembira, sedih, risau, cuak, blur....semua ada la. Gembira tu memang sudah semestinya. Maklumlah dah hampir 3 bulan proses membesarkan badan di rumah, jadi bila dah mula kerja rasa ‘excited’ juga la. Sedih sudah semestinya sebab berjauhan dari mak tercinta dan tak dapat dah nak bersenang lenang tengok tv kat rumah dan main ngan anak-anak saudara tersayang. Risau, cuak dan blur memang sedang merajai diri sehingga kini memandangkan sedang dalam proses menyesuaikan diri di alam baru. Satu transisi kehidupan yang akan dilalui oleh setiap insan di dunia ini.

Di sebalik perasaan yang bercampur baur tu, hati ini tetap ingin selalu sujud bersyukur kepadaNya diatas nikmat ini. Inilah sumber rezeki saya selepas ini dan tempat saya membina taman-taman ilmu untuk dikongsi bersama anak-anak kecil di sini. Sesungguhnya saya memang bersyukur amat sangat menjadi salah seorang warga SK (LKTP) Keratong6 memandangkan kedudukan sekolah yang tidak terlalu pedalaman tetapi berstatus luar Bandar. Walaupun sepanjang perjalanan kiri dan kanan saya diapit ladang kelapa sawit dan pemandangan yang nun menghijau, ianya tidak terlalu jauh dan saya masih boleh memandu kereta untuk ke sana. Memang syukur sangat-sangat. Bersyukur juga untuk family cohort3 yang setakat ini apa yang saya tahu tiada antara kami yang dapat sekolah yang terlalu pedalaman. Diharapkan semuanya dipermudahkan untuk kami semua. Saya juga bersyukur kerana suasana sekolah yang ceria dan layanan baik dari teman-teman seperjuangan. Hari pertama saya menjejakkan kaki di Felda Keratong 6 saya dibantu K.Is, K.Yus dan K.Mas yang sudi menumpangkan saya di rumah mereka. Guru-Guru lain di sekolah juga banyak membantu memandangkan ini adalah posting saya yang pertama. Banyak perkara yang baru buat saya dan Alhamdulillah semuanya tidak lokek membantu dan berkongsi dengan saya. Terima kasih buat warga SK Keratong 6:).

Serba sedikit tentang sekolah ini, ia merupakan sebuak sekolah di Felda Keratong 6, Rompin, Pahang lebih kurang 2 jam dari Kuantan, 30 minit dari Muadzam Shah dan 45 minit dari Segamat. Murid-muridnya hanya lebih kurang 100+ orang dan setiap darjah mempunyai 1 kelas sahaja iaiti Al-Farabi. Guru-gurunya juga lebih kurang 20 orang. Selain kelas harian biasa, sekolah ini juga mempunyai prasekolah dan kelas pendidikan khas.